Semua maklum semenjak 5
tahun lalu, BN Kelantan telah menetapkan sasaran utamanya untuk mencapai
kemenangan di sekurang-kurangnya 23 DUN dan 8 Parlimen di Kelantan bagi
merealisasikan hasrat memerintah kembali negeri ini.
Lima tahun sudah berlalu,
sasaran yang sama masih dipegang erat oleh BN Kelantan meskipun sepanjang
tempoh itu sehingga kini PAS sering mempersendakan dan menganggapnya sebagai
sesuatu yang sukar dicapai.
Malah di kalangan
sesetengah pemimpin dan ahli UMNO sendiri masih ada yang was-was dan masih
tertanya-tanya mampukah BN menawan jumlah kerusi yang disasarkan itu meski pun
masing-masing menyedari wujud perubahan ketara dalam tempoh 5 tahun itu.
Namun bagi pemerhati
politik sasaran tersebut realistik kerana ianya pernah hampir menjadi realiti
pada PRU 11 tahun 2004 dulu, di mana UMNO selaku komponen utama BN telah
berjaya beroleh kemenangan di 21 dari 45 DUN.
Ia tak mustahil bakal
menjadi kenyataan dalam PRU-13 yang akan berlangsung 5 Mei 2013 nanti
memandangkan trend akhir-akhir ini juga saling tak ubah seperti mood tahun 2004
yang memperlihatkan sokongan rakyat kepada BN.
Hakikat itu tidak
disedari PAS sehinggalah mereka terpana kelu melihat sendiri perubahan mood
rakyat yang mana ketara bezanya apabila PAS hanya berupaya menang nyawa-nyawa
ikan dengan majoriti tipis 65 undi ketika PRK Manek Urai tahun 2009.
Selepas itu, asakan
Gelombang Merah mengakibatkan PAS lemas dibadai kebangkitan rakyat pada PRK
Galas tahun 2010 sekali gus mengundang igauan mimpi ngeri di kalangan pemimpin
PAS Kelantan.
Mereka sedar UMNO sedang
mara untuk merealisasikan kemenangan yang sudah lama BN idamkan.
Hari ini kedudukan PAS di
Kelantan sudah tidak sekuat dulu apatah lagi dengan pelbagai isu seperti
kesucian kalimah Allah S.W.T yang cuba dinodai oleh DAP serta kegagalan PAS
mengatasi percaturan politik PKR dan DAP dalam PR, menyebabkan ramai penyokong
hardcore PAS berjauh hati.
Itu belum lagi dikira
impak buruk berikutan penolakan terhadap PAS oleh golongan ulama dari kalangan
tok guru pondok dan cendekiawan Islam, sedangkan dulu golongan inilah yang
menguatkan tulang belakang PAS semenjak 62 tahun lalu.
Di lihat pada senario
ini, jelas sekali BN berpeluang mencapai sasaran tersebut apatah lagi
berdasarkan trend sokongan umum kini menunjukkan 25 kerusi DUN dan 9 parlimen
di Kelantan adalah putih dan condong kepada BN.
Jika trend itu
berkekalan, bermakna ia sudah melebihi sasaran yang diletakkan 5 tahun lalu,
seandainya ia direalisasikan dalam bentuk undi sokongan kepada BN maka itulah
takdir
0 comments:
Post a Comment