.

TERKINI !!!!! PERGOLAKAN DUA SAHABAT PAKATAN HARAM !!!!!


Tindakan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak berganjak dengan keputusan masing-masing untuk bertembung antara satu sama lain dalam pilihan raya Umum Ke-13 (PRU-13) menunjukkan kedua-dua parti itu gagal menterjemahkan kesepakatan yang mereka laung-laungkan selama ini.

Keputusan muktamad yang diputuskan oleh kedua-dua parti itu bermakna Pas dan PKR akan bertembung sesama sendiri untuk menentang calon BN di kerusi Parlimen Labuan dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Sungai Acheh di Pulau Pinang, Kota Damansara di Selangor, Panti di Johor serta tiga Dun di Terengganu iaitu  Kota Putera, Bukit Besi dan Seberang Takir.
 

Ke semua kerusi tersebut bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru kecuali kerusi DUN Kota Damansara yang akan menyaksikan pertembungan enam penjuru membabitkan calon BN, Pas, PKR dan tiga calon bebas.
 

Di kerusi ini Pas meletakkan calonnya, Ridzuan Ismail, menantang calon Barisan Nasional (BN), Halimaton Saadiah Bohan dan Mohd Nasir Hasim dari PKR selaku penyandang serta tiga calon bebas iaitu Halmi Omar, Edros Abdullah dan Suppiah a/l Anandan.
 

Di Kerusi Parlimen Labuan pula Pas meletakkan Hadanan Mohamad dan PKR meletakkan Ibrahim Menudin untuk menentang calon BN dari UMNO, Rosman Isli. Pada pilihan raya 2008, kerusi ini dimenangi oleh UMNO menerusi calonnya, Yusof Mahal dengan majoriti besar.  Selain bertanding di Parlimen Labuan , Ibrahim turut bertanding di kerusi DUN Bongowan di bawah Parlimen Kimanis.
 

Berbanding pertembungan di lain-lain kerusi DUN, pertembungan membabitkan Pas dan PKR di DUN Sungai Acheh dijangka menarik kerana ia bakal menentukan percaturan PKR untuk cuba mengetengahkan calonnya Badrul Hisham Shaharin atau Chugu Bard. Menariknya, kerusi ini di menangi oleh UMNO pada 2008 dengan majoriti tipis sebanyak 250 undi. Pertembungan tiga penjuru di kawasan itu bukan sahaja bakal menyaksikan berlakunya perpecahan undi malah menjadikan peluang ketiga-tiga calon bertanding semakin terbuka.
 

Kemenangan tipis calon BN di kawasan ini mungkin menjadi antara sebab mengapa Pas dan PKR tidak berganjak dengan pendirian mereka dan enggan mengalah kerana masing-masing merasakan lebih berpengaruh dan berpeluang untuk menumbangkan calon BN dari UMNO terutama di kawasan-kawasan yang mempunyai pengundi majoriti Melayu.

Undi Melayu dianggap cukup kritikal pada pilihan raya kali ini dan disebabkan keyakinan mereka untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu, pertembungan antara dua sekutu itu menjadi satu petunjuk jelas bahawa kedua-dua parti sanggup membelakangkan kesepakatan mereka untuk mencapai matlamat dan kepentingan masing-masing.

SUMBER:MUHD IRFAN

Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: