.

GEMPAR !!!! OBAMA MEMBUAT PANGGILAN MENGEJUT SEJURUS NAJIB BERTEMU DYMM.AGONG !!!!



KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama hari ini menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) untuk terus menerajui Malaysia.

Dalam panggilan mengejut itu, Obama menyatakan beliau faham dan menerima proses dan keputusan PRU13 baru-baru ini di Malaysia.

Dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini, Pejabat Perdana Menteri berkata dalam perbualan itu, Presiden AS itu juga diberikan taklimat ringkas mengenai usaha kerajaan untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

Menurut kenyataan itu, di pihak beliau, Obama telah bersetuju untuk menyertai Sidang Kemuncak Keusahawanan Global selama dua hari di Kuala Lumpur, bermula 11 Okt.

"Malaysia dan Amerika Syarikat akan terus memperkukuhkan hubungan dua hala menerusi kerjasama serantau dan antarabangsa," menurut kenyataan itu. ~Awani
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: