.

HARUS BACA !!!!! AGENDA SEBENAR MELAYU HANCUR MALAYSIA TERGADAI !!!!!



Orang Melayu hanya ada masa 4 tahun lagi sebelum segalanya terlambat. Melayu yang masih bergaduh dan bergasak sesama Melayu meninggalkan kesan kekalahan kepada beberapa buah negeri dan hampir kalah di sebuah negeri.

Melayu yang masih kecil dan belum faham erti politik tentu kecewa bila dapat tahu 10 tahun lagi, kuasa Melayu itu sudah tiada lagi di Tanah yang bernama Melayu. Moga itu tidak berlaku. Namun, segalanya boleh hilang jika tumpas empat tahun lagi. Segalanya boleh berlaku, jika perubahan sikap tidak dilakukan.

Cukup cukuplah sengketa dan menuding jari. Masa itu tidak harus dibazirkan. 5 tahun dahulu, faktor yang sama dibincang dan dicanang sebagai punca beberapa negeri tumpas. Namun pengajaran tidak pernah diambil.  Pelajaran tidak pernah dipelajari. Yang dibincang bagai mencurah air di daun keladi.

Yang tua terus bergasak untuk kuasa. Yang muda terus dianggap terlalu mentah dan baru dalam politik. Tua anggap muda kurang pengalaman. Muda tidak hormat tua. Itulah realitinya, tidak hormat dan pandang pada ilmu dan kebolehan. Akhirnya jurang itu diisi oleh kekalahan. Parti Melayu yang mengisi kemerdekaan negara ini baru menyambut ulang tahun yang ke-67.

Perjuangan dahulu dan sekarang umpama langit dan bumi.  Banyak yang muda sudah tidak faham erti dan manifestasi diri. Mereka diajar menyokong individu bukan parti. Mereka dirajakan dan disahabatkan dengan duit bukan perjuangan pertiwi. Oleh itu, bila yang tua bergasak, mereka turut sama bergasak kerana sokongan itu adalah pada individu.

Duit menjadi raja. Pengampu orang kaya dipandang sebagai mahir segala. Kasihan pemimpin yang rajin bekerja. Mereka benar benar berkhidmat untuk bangunkan negara. Beri segala yang rakyat minta. Beribu ditatang di mata pemimpin, namun hakikatnya ribuan itu bukanlah realiti sokongan.

Hanya sedap pandangan mata. Segala yang manis ditabur kepada pemimpin. Takut bercerita situasi yang pahit. Yang manis enak didengar. Yang masam disapu bawah tilam.  Jangan diulang perkara sama, hadaplah rakyat dengan suasana sebenar. Biar pemimpin lihat realiti. Biar pemimpin rasai apa yang terbuku di hati.

Siang dan malam mendahulukan rakyat. Kampung dan kota habis dikunjungi. Semuanya demi rakyat. Namun apakan daya ada rakyat yang tidak faham erti terima kasih. Mereka memilih kerana emosi. Mereka memilih kerana persepsi. Bila keputusan diumum, barulah mereka menyesali. Kesan buruk bila tersalah undi.

Kesan yang bakal ditempuh 5 tahun lagi.  Melayu sekarang sudah semua senang. Lahir dalam senang. Bertatih pun senang. Bersekolah pun senang. Masuk universiti pun senang. Segalanya sudah ada sebab negara sudah senang.

Bila sudah sudah senang, mereka gagal fahami apa itu erti susah. Susah hendak fahamkan orang yang lahir lahir sudah senang. Lagi bertambah susah bila hendak memahamkan mereka bahawa kesenangan itu adalah hasil kerja kuat nenek moyang Melayu dalam politik.

Mereka kata itu cerita karut. Mereka kata itu dongeng. Mereka tidak mahu dengar Sejarah. Mereka tidak mahu dengar cakap orang tua. Inilah masalah besar orang Melayu yang masih muda.  Lebih percaya pada cakap penglipur lara yang datang atas pentas terbuka. 

Lupa dan alpa dengan cerita manis penglipur lara. Membawa cerita percuma, percuma dan percuma. Lupa dan hanyut dalam janji manis penglipur lara. Janji yang belum tentu mereka dapat penuhi. Itu pun ada orang yang masih percaya dan tersengih sampai ke pipi.  

Melayu mudah lupa. Ungkapan itu ada kebenarannya kini.  Lupa pada kesusahan. Lupa pada tangan yang memberi kesenangan. Mudah percaya pada “hantu” yang menjaja cerita segalanya dalam dunia ini haruslah percuma. Melayu yang datang atas hak demokrasi pun dianggap hantu. 

Suatu ketika, orang muda Melayu bangkit menyatukan bangsa untuk kemerdekaan. Suatu masa, belia Melayu bangun menyedarkan bangsa tentang ancaman komunis dan keselamatan negara. Satu waktu dulu, pemuda bangsa Melayu berusaha gigih selamatkan bangsa dari miskin di bumi sendiri.

Tiga usaha tersebut sudah berlalu. Kini cabaran yang terbesar adalah mengekalkan kuasa politik Melayu. Masih ramai Melayu yang kurang faham matematik politik Melayu dalam parlimen. Mereka gagal bezakan antara persefahaman politik dengan “pakat pakat” berpolitik.

Jangan sampai segalanya sudah hilang. Sekali terlepas kuasa ini. Melayu akan hilang terus kuasanya. 4 tahun lagi, usah diulang faktor faktor yang sama ini.

Masa sekarang adalah untuk bertindak. Hentikan tuding jari dan memulakan konspirasi. Melayu tidak akan kalah jika Melayu bersatu. Melayu hanya akan kalah jika Melayu itu menjatuhkan Melayu sendiri. 

Lihatlah sejarah pemerintahan Khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Selepas 29 tahun, pemerintahan itu berakhir kerana pergaduhan semasa sendiri. Abbasiyah juga hancur kerana pengkhianatan dalaman. Kota Melaka yang agung selama 116 tahun juga runtuh kerana pergaduhan sesama sendiri. 

Putrajaya dibina atas runtuhan Kota Melaka, sedarlah kemerdekaan ini baru 56 tahun. Usia masih lagi di pertengahan era Empayar Melaka yang pernah gemilang dahulu.

Fahamilah, bahawa dunia Islam sekarang adalah pada akhir zaman. Banyak tempat yang lain, Islam sudah dicabar, dibakar dan diserang. Hanya bumi Melayu, syiar Islamnya masih kuat. Kuat kerana Melayu itu adalah Islam dan Islam itu adalah Melayu. Khalifahnya masih lagi Raja Melayu.

Inilah istimewanya Melayu di bumi ini. Jangan menyesal air mata darah. Renungilah ungkapan “Melayu Itu” karya Usman Awang. Melayu sedang dilawan dengan politik ideologi oleh pihak lawan. Jawapan terbaik untuk melawan arus lawan itu adalah dengan mengembalikan semula “roh Melayu dan Islam”. Inilah caranya. 

Bacalah dengan mata hati.

  
MELAYU ITU

Karya: Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun.

Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah,
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat, Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, 
semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnyaMelayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan.

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara.

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual.

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing.

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan.

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran".

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka.

Sumber : Gerakan ANti PKR dot blogspot dot com
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: