CEC DAP: Perwakilan India
Akan DiAbaikan Sekali Lagi?
Dalam keterpaksaan, DAP telah mengumumkan akan
mengadakan pemilihan semula bagi Jawatankuasa Pusat (CEC) pada 29 September
ini. DAP pada mulanya berhempas pulas cuba mengelak dari mengadakan pemilihan
semula namun terpaksa akur apabila ROS tidak memberi pilihan jika enggan parti
itu dibubarkan.
Inilah yang terpaksa ditanggung oleh DAP kerana
membiarkan pemimpin yang bodoh sombong, rasis, lagi gila kuasa seperti Lim Guan
Eng, bermaharajalela.
Jika tidak kerana terlalu rasis dan tidak mahu
ada seorang pun wakil Melayu di peringkat kepimpinan, maka tentu DAP tidak
perlu menghadapi masalah ini.
Jika tidak kerana ingin menipu Melayu dengan
meletakkan seorang Cina yang mempunyai nama Melayu, iaitu Zairil, bagi mewakili
Melayu, maka tentu pemilihan semula tidak perlu berlaku sejak dari awal lagi.
Dan jika tidak kerana berhati busuk sehingga
sanggup menafikan hak perwakilan India untuk mengundi maka sudah tentu semua
ini tidak akan berlaku.
Lim Guan Eng sudah beberapa kali didapati menipu
dan memutarbelit fakta. Malah, ramai yang telah keluar dari DAP atas faktor
‘Tokong Lim’.
Hakikatnya, Lim Guan Eng adalah liabiliti kepada
DAP. Kewujudan dirinya di dalam parti memberi imej samseng, bongkak, penipu, rasis
dan korup. Namun, memandangkan DAP mengamalkan nepotisme, maka kedudukan Lim
Guan Eng pastinya tidak akan goyah kerana seluruh kerabat dan kroni Lim di
dalam DAP, akan memastikan kedudukannya kekal kukuh dengan apa jua cara.
Atas dasar inilah maka kita meragui yang DAP
mampu berlaku telus dalam pemilihan semula CEC September ini. Biar berapa kali
pun pemilihan semula dilakukan, DAP tidak mungkin mampu berlaku telus
setelus-telusnya.
Tidak ada sebab bagi kepimpinan DAP untuk
menafikan hak 753 perwakilan untuk mengundi dalam pemilihan awal melainkan
mereka tidak yakin yang kroni-kroni dan kerabat mereka akan menang.
Justeru, sekiranya mereka tidak yakin sebelum
ini, apa yang akan membuat mereka yakin pada September ini? Lebih-lebih lagi
apabila kesemua 753 perwakilan yang telah dinafikan hak itu pastinya telah
kecil hati dan mungkin menyimpan dendam terhadap kepimpinan. Maka, apakah
mungkin mereka akan mengundi kroni-kroni dan kerabat kepimpinan dalam pemilihan
semula?
Lim Guan Eng tentu sekali tidak akan mengambil
risiko orang-orangnya kalah dalam pemilihan semula ini kerana itu hanya akan
membuktikan bahawa berlakunya penipuan dalam pemilihan awal. Mengenali sikap
samseng, rasis dan diktator beliau, beliau akan memastikan yang keputusan
pemilihan kali ini tidak jauh berbeza dengan yang terdahulu.
Tidak mustahil, beliau akan mengulangi penipuan
dan manipulasi yang sama agar kesemua 753 perwakilan India itu tidak dapat
mengundi lagi.
Apa yang pasti, beliau tentu sedang merancang
sesuatu bagi menyelamatkan diri, kerabat dan kroninya. Maka, tidak hairanlah
DAP sengaja memanjangkan tempoh pemilihan semula iaitu sehingga 29 September.
Untuk apa DAP memerlukan masa yang begitu panjang untuk menjalankan keadilan
melainkan DAP sememangnya mempunyai muslihat dalam menentukan keputusan.
0 comments:
Post a Comment