.

HARUS BACA !!!! BUKTI SEBENAR !!!!! ISU KALIMAH ALLAH : BUKTI UMNO PERTAHAN ISLAM !!!!



Tidak salah jika dikatakan bahawa Kalimah Allah tidak mungkin menjadi isu jika PAS tidak bersekongkol dengan DAP. Persekongkolan PAS dengan DAP telah membawa kepada dolak-dalih dan ‘flip-flop’ dalam kes kitab Injil berbahasa Melayu yang menggunakan Kalimah Allah bagi menggantikan nama Tuhan Kristian. Suatu ketika PAS menyokong DAP dan menggesa kerajaan membenarkan Injil tersebut diedar dan suatu ketika pula, PAS menafikan pula yang mereka pernah menyokong DAP dalam isu tersebut. 

Dolak dalih atau ‘flip-flop’ adalah tanda kelemahan dan DAP tidak mengambil masa yang lama untuk mengeksploitasi kelemahan PAS bagi menekan kerajaan, sekali gus mencabar agama Islam serta mempromosi Kristian. 

Akibatnya, kerajaan UMNO yang bertegas enggan membenarkan Injil tersebut disebar kini dicabar di mahkamah. Perkara ini tidak mungkin terjadi jika PAS sejak dari awal lagi tidak memberi muka kepada DAP untuk memainkan isu ini. 

Malang sekali apabila kerajaan telah kalah kepada pihak gereja dalam perbicaraan awal. Dan kini, kita sedang menunggu keputusan mahkamah rayuan pula. 

Walaupun PAS menafikan yang mereka menyokong DAP dalam isu ini, sehingga kes ini ke mahkamah, PAS terus ‘malu alah’ untuk ke hadapan dalam mempertahankan Kalimah Allah. Inilah buktinya bahawa PAS sedar akan kesilapan mereka tetapi enggan mengakuinya. Ia juga membuktikan bahawa PAS masih ingin menjaga hati DAP dan nekad untuk terus bersama DAP walaupun menyedari bahawa DAP adalah musuh Islam. 

Setakat artikel ini ditulis, mahkamah masih belum membuat keputusan. Justeru, umat Islam kini sedang menunggu dengan cemas. Beberapa NGO turut meluangkan masa berkumpul di mahkamah, melaungkan Allahuakbar dan berdoa akan kemenangan di pihak kerajaan. Jika PAS benar pertahankan Islam, maka PAS juga wajib menerima hakikat bahawa mereka harus turut mendoakan kemenangan kerajaan UMNO dalam rayuan kes ini. 

Episod ini seharusnya membuka mata semua pihak bahawa yang mempertahankan Islam itu adalah kerajaan UMNO dan bahawa kerajaan tidak pernah campurtangan dalam sistem perundangan mahupun institusi kehakiman. 

Dengan itu, PAS seharusnya malu jika terus menggunakan hujah bahawa UMNO tidak mempertahankan Islam lagi selepas ini. Manakala Pakatan Rakyat pula, secara keseluruhannya tidak berhak lagi menggunakan hujah bahawa kerajaan menguasai mahkamah apabila saja mereka kalah di mahkamah.
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

Anonymous said...

ni je aq nak ckp...
jgn yakin sgt ..bulan dpan another prsidangan akn d adakan..so just berdoa..Umno mmg mnunjukkan yg diorg menegakkn Islam tp at least lepas ni PAS xkan kne kutuk ... sila hilangkan konsep 1Malaysia yg korg banggakan sgt tu.. because of ths every each one of penganut non muslim akn memandang dgn penuh rasa hampa dgn apa yg UMNO buat ni..