.

HARUS BACA !!!!! ANWAR DIDESAK LIMA NGO , MENGAPA TERUS BERDIAM !!!! TAKUT !!!!

Lima NGO desak Anwar disiasat

Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Kastam menyiasat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa sudah membuat beberapa bayaran kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh, melebihi RM50 juta menerusi cek sejak 2008. 

Lima NGO terbabit ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pulau Pinang; Persatuan Wira Bersatu Pulau Pinang; Persatuan Pesara Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang; Persatuan Melayu Tanjung dan wakil aktivis PAS. 


Jurucakap kumpulan, Mohd Rizuad Mohd Azudin, berkata dia bersama empat pemimpin NGO menerima surat yang mengaitkan Anwar dan Karpal mengenai isu itu melalui pos ke rumah masing-masing, Jumaat lalu. 

Beliau yang juga Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang berkata, apabila meneliti isi kandungan surat berkenaan, mereka bersepakat untuk mengadakan sidang media bagi mendedah serta mendapatkan penjelasan daripada kedua-dua tokoh politik terbabit. 

“Saya percaya kemungkinan individu yang rasa bersalah dengan tindakan terbabit menghantar surat pendedahan ini kerana mahu kami yang dikenali sebagai pemimpin NGO dan rakyat menjadi perantara untuk mengetengahkan pendedahan itu. 

“Kami akan membuat laporan kepada BNM dan Jabatan Kastam dalam tempoh terdekat supaya satu siasatan dapat dijalankan, malah Anwar dan Karpal perlu tampil memperbetulkan keadaan ini,” katanya di pejabat PERKASA negeri di Jalan Transfer, di sini, semalam. 

Surat berkenaan mengandungi kenyataan seorang individu yang mendakwa dirinya adalah bekas kakitangan pejabat Tetuan Karpal Singh & Co dengan mendakwa Anwar sudah membuat beberapa bayaran kepada Karpal melebihi RM50 juta menerusi cek sejak 2008.

Sumber:bharian.online
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

Yogi Marsahala said...

Perkembangan politik di Malaysia harus dipandang dari sisi positif sebagai sebuah ujian bagi demokrasi Malaysia, komentar juga dong ke blog saya www.goocap.com