Hari ini merupakan satu tarikh penting buat umat Islam yang mengambil berat berkenaan isu penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak gereja di negara ini.
Hal ini kerana Mahkamah Rayuan akan memperdengarkan keputusan sama ada akhbar mingguan gereja, Herald dibenarkan untuk menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan berkenaan atau pun tidak.
Permit Herald yang diluluskan pada Kementerian Dalam Negeri pada Januari 2008 sebelum ini, memberikan syarat agar penerbitan berkenaan dilarang daripada menggunakan kalimah ALLAH untuk melindungi keselamatan nasional dan mengelak salah faham dan kekeliruan di kalangan umat Islam; selain Herald mesti meletakkan perkataan ‘Terhad’ di muka depan agar jelas ia hanya diedarkan kepada penganut Kristian.
Bagaimanapun arahan KDN itu ditarik balik selepas penerbit Herald yang juga ketua Paderi Roman Katolik, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan permohonan menggunakan kalimah ALLAH atas alasan ia tidak eksklusif untuk umat Islam dan diluluskan Hakim Mahkamah Tinggi, Lau Bee Lan pada 31 Disember 2009.
Namun berikutan polemik yang timbul susulan keputusan tersebut serta pergolakan sensitiviti dalam kalangan umat Islam negara ini yang rata-rata berasa tersinggung, kerajaan memfailkan rayuan untuk menghalang penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak gereja dan keputusan inilah yang bakal didengar esok.
Justeru, rakyat Malaysia yang beragama Islam, sayangkan kalimah tauhid ini dan tidak rela ia disalahgunakan oleh penganut agama lain disaran untuk turun beramai-ramai ke perkarangan Mahkamah Rayuan, Putrajaya esok (22 Ogos 2013) bermula jam 8.00 pagi bagi menyatakan sokongan anda.
0 comments:
Post a Comment