.

HARUS BACA !!!!! SILA TEKAN BUTANG PANIK ..PANIK..PANIK... !!!!

Belum pernah terjadi dalam sejarah muktamar Pas begitu ramai perwakilan dengan beraninya mengkritik Pas dengan berbagai isu. Antara yang diluahkan ialah tentang kualiti ulama Pas yang hanya sekadar ulama kampung, sikap taksub dan bongak di kalangan "Mr Arrogant" di dalam Pas, fokus Pas yang hanya pada soal hukum-hakam tapi tidak mementingkan perkara-pekara lain yang penting, hakikat bahawa Pas hanya "Barua Dap" dan sekadar penumpang di dalam Pakatan, kemerosotan undi Melayu kepada Pas, konsert heavy metal di Karnival Pas Shah Alam, dan pemilihan yang dimalukan dengan insiden salah cetak kertas undi. Luah-luahan ini disuarakan dengan begitu lantang, seolah-olah mereka memberi kata dua atau amaran kepada pucuk pimpinan.

Pemilihan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden adalah sesuatu yang tidak disenangi dan memeranjatkan ramai ahli-ahli Pas. Walaupun ini tidak disuarakan, penolakan itu dapat dilihat jelas kerana tidak ada pemimpin atau perwakilan yang tampil mengucapkan tahniah kepada Mat Sabu.

Hadi Awang pada 23 Nov 2013 mengumumkan bahawa Pas sedia bermuzakarah dengan Umno mengenai perlaksanaan hukum-hukum Islam. Ini adalah sesuatu yang amat bertentangan dengan pendirian Nik Aziz sebelum itu yang sanggup meludah sesiapa sahaja yang cuba mengajak Pas bersatu dengan Umno.

Dan semalam pada 24 Nov, Hadi Awang dalam ucapannya memberi amaran supaya pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Pas "jangan meningg
alkan bahtera.". "Sesiapa yang meninggalkan bahtera, dia tidak akan selamat walaupun ulama", katanya.

Persoalannya, kenapakah perwakilan kali ini begitu banyak mengkritik Pas? Kenapa tiba-tiba Pas mahu bermuzakarah sedangkan selama ini mereka menganggap Umno menolak hukum Allah dan kafir, zalim, jahil dan sebagainya? Dan kenapa pula Hadi memberi amaran supaya tidak meninggalkan bahtera?

Jawapannya jelas. Semua ini membayangkan krisis yang serius dalam Pas. Nakhoda kapal sebenarnya sudah menekan panic button. Pas sebenarnya adalah sebuah kapal yang sudah lama hanyut, dan kini ia sedang tenggelam. Hadi sedar bahawa ramai telah, sedang dan akan meninggalkan Pas, maka usaha terakhir beliau ialah untuk cuba menyakinkan mereka yang ada supaya terus kekal bersama Pas, dengan memberi beberapa harapan termasuk muzakarah dengan Umno dan perbincangan dengan Pakatan mengenai siapa yang bakal mengetuai Pakatan, serta meniup harapan bahawa Hadi bakal menjadi PM sekiranya Pakatan memerintah.

Tetapi semuanya mungkin sudah terlewat. Bahtera itu akan terus tenggelam dan penumpang-penumpang akan melompat keluar.



Sumber :makindikupasmakinnipis


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

Anonymous said...

Apabila seorang islam patut pada ilmu dari kalam Allah,iaitu perjuangkan islam yang sebenar dan boleh di kona baringkan atau delay atau silent sementara atas kepentingan politik,maka nakhodanya akan menjadi terumbang ambing.Inilah peluang umno utk terus pacu politik orng melayu demi menegakan kebenaran islam tanpa berpadang ke belakang.Kalau sesuatu perkara tidak boleh di laksanakan,perlu ada perjelasan dan kajian yg konkrit dari kesan dan impak yg boleh menjejaskan keberlangsungan kesejahteraan umat islam.Jangan menidakkan ketegasan org2 yg taat pada ilmu Allah.Maka, sanggupkah umno menghadapinya.Jangan mewujudkan rasa kekecewaan pada orng2 yg taat pada ilmu sebagai ketetapan pada hati mereka.Apatah lagi malang petaka dunia spin di akhir2 zaman ini.Banyak cabaran yg umno kena fikirkan,sebelum menjadi nakhoda dunia islam melayu secara total.

Talk With Hand said...

Sememangnya inilah peluang yang .. terima kasih diatas komentar pihak tuan.. soalnya sekrang 51% melayu adalah mejoriti di Mlaysia ni otu pun dah terpecah kepada 3 kumpulan dng cara apa perlu di satukan mereka ini semua.