.

HUJAH TERKINI !!!! RASIONAL AKAR UMBI PERLU CONTOHI LANGKAH PEMIMPIN !!!!!


Langkah transformasi yang dilaksana oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dengan meletakkan golongan ahli agama di peringkat kepimpinan tertinggi parti perlu dilaksana di semua peringkat.
Wakil Kelantan Ahmad Termizi Musa dari Umno Bahagian Ketereh, berkata Umno di peringkat cawangan, bahagian dan negeri perlu mencontohi langkah Umno pusat itu.
Beliau berkata golongan ahli agama seperti tokoh agama tempatan, guru agama serta guru pondok perlu didekati dan ditarik akar umbi Umno untuk bersama memperkukuh perjuangan Islam dalam parti itu di peringkat itu.
"Jangan ada antara kita yang menutup ruang kepada ahli agama menyertai kita untuk kukuhkan perjuangan parti yang sentiasa pada landasan Islam dan lupakanlah kepentingan diri untuk Islam utuh menjadi tonggak parti," katanya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini Sabtu.
Najib yang juga Perdana Menteri, baru-baru ini melantik dua ahli agama iaitu pendakwah terkenal Mohammad Kazim Elias dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Dr Asyraf Wajdi Dusuki bagi mengangotai Majlis Teringgi Umno. Bagaimanapun Mohammad Kazim menolak tawaran itu. 
Ahmad Termizi menyifatkan tindakan pembangkang melempar tomahan liar terhadap pelantikan Mohammad Kazim sebagai tindakan terdesak pihak yang gusar dengan transformasi yang dilaksanakan Najib. 
"Pembangkang terutamanya PAS takut hilang pengaruh dan kecundang dalam perjuangan yang mereka dakwa perjuangan Islam sebenar...mereka dakwa ahli agama sertai Umno telah 'dimakan serigala' tetapi hakikatnya serigala sebenar iaitu PAS yang mahu mengelirukan rakyat," katanya.
Beliau berkata usaha transformasi itu tidak akan dapat mencerahkan imej Umno sebagai pejuang Islam dengan sekelip mata, sebaliknya usaha berterusan daripada pemimpin dan anggota semua peringkat diperlukan bagi merealisasikan perkara tersebut. 
Sementara itu, Ahmad Termizi berkata lebih banyak sekolah menengah kebangsaan agama perlu diwujudkan di Kelantan bagi menampung permintaan daripada ibu bapa yang inginkan pendidikan akademik berasaskan Islam.
"Saban tahun kita menerima lebih 5,000 permohonan tetapi pada masa sekarang enam sekolah di Kelantan hanya dapat menampung 1,210 pelajar...kita minta ada 14 sekolah untuk tampung permintaan itu," katanya.
Beliau berkata sekiranya permintaan itu tidak dapat dipenuhi, ibu bapa itu akan menghantar anak mereka di sekolah agama kerajaan negeri atau tahfiz swasta yang dakwanya tidak melaksanakan silibus pendidikan kebangsaan sebenar, malah menjadi 'kilang' untuk pembangkang melahirkan generasi baharu mereka.


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: