Wakil UMNO Pulau Pinang, Datuk Shabudin Yahaya menyifatkan tuduhan Mursyisul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat kononnya kerajaan Persekutuan baru membuka pintu perbincangan dengan kerajaan Kelantan selepas tempoh 23 tahun sebagai tidak berasas.
Beliau berkata, ia adalah satu pembohongan yang cuba dilemparkan bekas Menteri Besar Kelantan itu susulan pertemuan Datuk Ahmad Yakob dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dianggap sebagai satu yang luar biasa.
Katanya, ini kerana tiga Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib sebelum ini pernah mengadakan pertemuan bersama beliau bagi membincangkan program pembangunan di Kelantan termasuk pelancaran Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Tumpat pada 2009.
"Dia (Nik Aziz) kata dah 23 tahun baru Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) baru nak buka pintu perbincangan. Ini satu pembohongan yang dibuat oleh seorang ulama," katanya ketika mencadangkan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.
Terdahulu, Nik Aziz ketika menyampaikan kuliah Mingguan di Dataran Ilmu, Kelantan baru-baru ini menyifatkan pertemuan Ahmad dengan Najib sebagai satu yang luar biasa.
SUMBER : PILIHANRAYAKINI.COM
Seperti yang kita tahu bahawa dasar politik supremisis Nik Aziz yang masih menyatakan bahawa Perbincangan antara dua parti politik gergasi tanahair tidak akan berlansung dengan baik sedangkan sudah ada usaha untuk menyatukan semula Islam Melayu sejak dari pemerintahan 3 Perdana Malaysia lagi.
PERSOALAN.
1) MENGAPA NIK AZIZ MENOLAK USAHA MENDAMAIKAN ORANG ISLAM MELAYU DI MALAYSIA?
2) MENGAPA PERLU MENIDAKKAN USAHA YANG TELAH DIBUAT OLEH KERAJAAN ?
3) DASAR APAKAH YANG SEDANG NIK AZIZ INGIN BUKTIKAN KEPADA PENYOKONGNYA ?
4) ADAKAH NIK AZIZ MEMIKIRKAN BAHAWA UMNO SEHINGGA KE HARI INI TIDAK LAYAK UNTUK BERBINCANG DENGAN PAS KELANTAN ?
0 comments:
Post a Comment