.

TERHARU !!!! BERI PERHATIAN KEPADA MANGSA BANJIR !!!!


MB.Terengganu yang merasa terharu apabila syarikat Roti Gardenia yang enggan untuk menerima bayaran dari pihak kerajaan Negeri Terengganu yang diperintah oleh Barisan Nasional untuk membantu mangsa banjir di Negeri tersebut. 

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa terharu apabila pihak pengurusan syarikat roti Gardenia enggan menerima bayaran roti yang diagihkan kepada mangsa banjir yang terperangkap di negeri itu baru-baru ini.


Sebaliknya pihak pengurusan syarikat terbabit menganggap roti itu sebagai sumbangan mereka kepada mangsa banjir di negeri itu.

Beliau yang ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kemaman meminta dua pemandu lori Gardenia mengagihkan roti yang dibawa mereka kepada orangramai.

Lori terbabityang  turut terkandas ekoran banjir di kawasan Chendor, pada mulanya enggan membenarkan lori mereka dibuka .

Selepas berbicang dengan pengurus Gardenia di Kuala Lumpur, beliau kemudiannya membuka lori dan mengagihkanya kepada mangsa yang terperangkap.

Tindakan Ahmad itu turut dikongsikan mangsa banjir yang berada di tempat kejadian dan mendapat perhatian di media sosial.


Sumber : Awani http://www.astroawani.com/news/show/syarikat-roti-gardenia-enggan-terima-bayaran-ahmad-said-rasa-terharu-26849




Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: