.

HARUS BACA !!!! LIDAH BERCABANG - KHALID IBRAHIM !!!!


Persengketaan yang melibatkan dua kuasa besar didalam Negeri Selangor hari ini tidak akan dapat selesai dalam masa terdekat. Keadaan yang semakin meruncing dek kerana kebahalollan MB Selangor Khalid Ibrahim yang telah memecat 22 orang kakitangan PHSB serta merta hanya mengundang kemarahan Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR. 

Azmin yang secara terangnya tidak bersetuju dan menyanggah tindakan MB Selangor itu adalah tidak mengikut undang-undang pekerja malah apa yang lebih terus lagi mereka hanya diberikan pampasan sebanyak 2 bulan gaji sahaja. 

Menurut Tim.Presiden PKR itu lagi Khalid Ibrahim telah menyalahgunakan kuasanya didalam PKNS untuk menghapuskan pesaing politiknya. Dengan menggunakan PKNS sebagai senjata peribadinya Khalid Ibrahim dengan mudah untuk memecat sesiapa sahaja yang dikehendakinya dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak relevan langsung tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi kepada 22 orang yang telah diberhentikan sekaligus akan mengganggusokongan rakyat terhadap Parti tersebut di Negeri Selangor.

Azmin juga menuntut Abdul Khalid supaya berhenti daripada menggunakan PKNS sebagai senjata peribadi terhadap saingan politiknya.

Sebelum itu, pada 5 Februari, 23 kakitangan PHSB diberhentikan tanpa amaran berkuat kuasa serta merta dan diberikan pampasan dua bulan gaji.

Berikutan itu, Pengurus Besar PHSB, Noor Hisham Mohd Ghouth dilaporkan meletak jawatan sebagai tanda bantahan.

Walaupun, pada mulanya Abdul Khalid mendakwa beliau tidak bertanggungjawab atas keputusan itu, beliau kemudian mengesahkan pemberhentian itu merupakan langkah korporat bagi menstrukur semula pengurusan PKNS dan mengurangkan kos operasi yang didakwanya boleh dijimatkan sehingga RM7 juta setahun.

Sebelum ini, PKNS menjadi perhatian ketika pentadbiran memutuskan tidak meneruskan perkhidmatan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah.

Ini mencetuskan lagi khabar angin bahawa persaingan yang berterusan antara Azmin dan Abdul Khalid tidak akan tamat dalam masa terdekat.

Ia juga menyatakan bahawa disebabkan isu ini, bekas Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif, Norita Abdul Sidek dipindahkan ke jabatan lain dengan serta merta sebagai satu bentuk tindakan disiplin.


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: