.

GEMPAR !!!!! VIRAL !!!! PEMANDU PESAWAT MH370 PRO-ANWAR IBRAHIM !!!!


Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bahawa juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan ahli seumur hidup parti itu.
Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa berkata, Zaharie merupakan ahli PKR Cabang Subang sejak 23 Januari tahun lalu.
"Beliau ahli seumur hidup malah turut membantu kita ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu," katanya.
Beliau mengesahkan perkara tersebut pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR di sini, Ahad.
Bagaimanapun Sivarasa menolak sebarang laporan yang mengaitkan kehilangan MH370 dengan parti itu.
Beliau mengulas mengenai laporan The Mail bahawa Zaharie merupakan penyokong 'obsesif ' kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut laporan itu, beberapa jam sebelum penerbangan itu meninggalkan Kuala Lumpur, difahamkan bahawa Zaharie, 53, menghadiri perbicaraan Anwar Ibrahim di mana pemimpin itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.
Sivarasa bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut.
"Saya boleh katakan bahawa beliau tiada di mahkamah, kalau beliau hadir...sudah pasti saya tahu," katanya.
Mengulas lanjut Sivarasa turut menolak laporan akhbar harian tersebut yang mendakwa Zaharie adalah penyokong fanatik PKR.
"Laporan ini salah sama sekali, beliau hanya ahli biasa sama seperti ahli-ahli lain.
"Tidak adil nak mengatakan beliau penyokong fanatik PKR," katanya. - mstar
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: