.

HARUS BACA !!!!!! PEMBANGKANG SEOLAH MENIDAKKAN USAHA PASUKAN SAR !!!!!!



Ketika seluruh kekuatan pasukan mencari pesawat yang hilang MH370 bersambung nyawa dilautan dan udara demi mencari bangkai pesawat Mh370 yang dilaporan hilang sejak 8 mac yang lalu berlainan pula situasi segelintir rakyat Malaysia yang sibuk berkempen di PRK Dun Kajang.

Khususnya pembangkang yang senantiasa menjadikan isu pesawat MH370 sebagai modal mereka untuk memperlihatkan pihak kerajaan lemah didalam menangi isu tersebut. Caci maki dari mulut orang politik pembangkang itu sudah menjadi gula kepada mereka bagi menambah manis pada kempen mereka asalkan mereka menang di PRK Kajang yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Tanpa memikirkan kepayahan dan kesukaran yang dilalui SAR team, pihak pembangkang terus memainkan isu tersebut seolah-olah kerajaan Malaysia tidak mempunyai kepakaran langsung didalam usaha tersebut.

Apa yang memualkan mengenai pembangkang ialah, mereka bukannya meluahkan rasa simpati atau prihatin mengenai MH370 dalam kempen dan media mereka, tetapi menghasut rakyat dengan kemarahan, kebencian dan fitnah terhadap kerajaan.

Tuduhan kerajaan lembab, menyembunyikan maklumat, dan kononnya ingin mengaitkan Anwar dengan kehilangan pesawat, menjadi hujah utama di setiap ceramah dan media pembangkang.

Kononnya, kerajaan terlalu takut dengan kebangkitan penyokong Anwar setelah Anwar didapati bersalah dalam rayuan kes liwat II dan memerlukan sesuatu untuk mengalih perhatian rakyat. Kenyataan ini, jika diteliti, kedengaran seolah-olah ingin menuduh kerajaan sengaja ‘menghilangkan’ MH370 pula.

Keghairahan pembangkang dengan MH370 telah menyebabkan mereka lupa sebab utama PRK diadakan. PRK adalah untuk memilih pemimpin yang mampu berkhidmat untuk masyarakat setempat. PRK adalah berkenaan nasib rakyat dan memajukan kawasan. PRK bukan pentas untuk mempromosi diri untuk menjadi Perdana Menteri atau untuk berlawan siapa yang paling pandai melayan media asing.

Hakikatnya, rakyat Kajang mahupun Balingian tidak perlukan pemimpin yang mampu bercakap dengan media asing. Mereka perlukan pemimpin yang mampu membuka peluang pendidikan dan meningkatkan ekonomi mereka. Mereka perlukan pemimpin yang mampu menangani masalah harian seperti jalanraya ataupun bekalan air. Itu saja.

Namun, pembangkang jelas tidak peduli langsung dengan apa yang rakyat perlukan, tetapi sibuk memenuhi keperluan publisiti Anwar Ibrahim.

Sedangkan, Anwar bukan calon PRK. Anwar juga bukan petugas SAR, bukan Ahli Lembaga Pengarah MAS, bukan Menteri Pengangkutan serta jauh sekali Perdana Menteri Malaysia.

Anwar tidak terlibat bertungkus lumus mencari MH370. Anwar boleh saja berehat dan bersantai di rumah selepas berkempen PRK. Anwar tidak perlu bersekang mata menunggu maklumat baru dari pasukan SAR. Anwar tidak perlu melayan karenah keluarga mangsa dari seluruh negara. Anwar tidak perlu mengeluarkan setitik peluh atau satu sen pun untuk mencari MH370.

Anwar tidur lena setiap malam, sebelum bangun menghentam kerajaan lagi keesokkannya.

Pendek kata, dalam memperkatakan mengenai MH370, apa yang sebenarnya berlaku ialah kewujudan pembangkang hanya memburukkan lagi keadaan. Jentera PRK serta media mereka pula sama saja dengan Anwar, iaitu langsung tidak berguna!
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: