.

HARUS BACA !!!!!!!!! TUN MAHATHIR - JALAN SALAH PKR!!!!!!!



Tun M yang menyifatkan tindakan parti PKR yang sengaja mengadakan  pilihanraya kecil  Dun Kajang adalah sebagai langkah silap yang hanya menonjolkan apakah matlamat sebnar PKR didlam Pilihanraya kecil kali ini.

Bekas perdana menteri itu berkata cita-cita pembangkang untuk membentuk kerajaan Persekutuan melalui Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebenarnya sia-sia malah menyusahkan rakyat.  

 "Tadi, waktu saya datang ke sini, (saya) ingat sudah tersalah tempat... saya nampak poster Wan Azizah tertulis dari Kajang ke Putrajaya.

"Beliau silap jalan tu... tujuan PRK ini adalah untuk pilih wakil rakyat Kajang dalam DUN Selangor," katanya ketika berucap di majlis bersama Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat di Kajang semalam.Turut hadir calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun.  

Langkah Kajang PKR bermula sejurus wakil rakyatnya sebelum ini, Lee Chin Cheh meletak jawatan tanpa sebab pada 27 Jan lepas bagi memberi peluang kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sebelum diangkat menjadi menteri besar Selangor.

Namun, hasrat Anwar bertanding PRK DUN tidak kesampaian selepas Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lepas menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya.    Mengulas lanjut Mahathir yang juga bekas presiden Umno berharap pengundi DUN Kajang tidak terpedaya dengan mainan politik PKR, yang tidak lain hanya bertujuan untuk memenuhi cita-cita politik Anwar.  

 "Pilihan raya ini semuanya berpusing-pusing antara Anwar dan keluarganya sahaja. Bila beliau tak dapat bertanding, dia suruh isterinya jadi calon. 

  "Jelas perjuangan mereka ini adalah perjuangan keluarga Anwar untuk jadikannya perdana menteri," katanya.    Pilihan raya kecil itu esok menyaksikan saingan satu lawan satu antara Dr Wan Azizah dan Chew.  


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: