Begini lah keluhan salah seorang pengundi didalam DUN KAJANG apabila gerainya dirobohkan oleh pihak Majlis Perbandaran kajang pada 5 bulan yang lalu.
"Pakatan pembangkang tidak menghantar seorang wakil pun ketika gerai kami dirobohkan oleh pihak MPKj .Malah setelah berita berkenaan dengan gerai kami dirobohkan tersebar melalui berita TV3 , baru lah nampak kelibat MB Selangor yang kononya dirinya tidak mengetahui langsung berkenaan dengan perkara tersebut."
Azlin Mohd Sharif 45, turut melahirkan rasa ketidak puasan hatinya terhadap realiti sebenar Pakatan Pembangkang mentadbir urus kerajaan Negeri Selangor terutama sekali menjaga dan membela nasib mereka peniaga gerai tepi jalan.
Pendapat Azlin disokong kuat oleh seorang lagi peniaga yang gerainya diroboh pada hari yang sama oleh Majlis Perbandaran Kajang. Yasni Ariffin 42,yang juga menyatakan bahawa
"ADUN Lee tidak pernah turun padang untuk bersama rakyat jauh sekali untuk mengetahui dan membela nasib kami peniaga gerai tepi jalan."
"Saya berharap kepada calon yang baru (wan Azizah Wan Ismail) sekiranya memenangi kerusi yang dikosongkan oleh Yb.lee,diharap agar bela lah nasib kami peniaga melayu tepi jalan."
Insiden gerai peniaga kecil Bumiputra yang diroboh lima bulan lepas menyebabkan peniaga yang juga pengundi di Taman Mesra mahu 'membalas jasa' parti pemerintah, Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihanraya Kecil (PRK) Kajang menjelang 23 Mac ini
0 comments:
Post a Comment