.

HARUS BACA !!!!! RAKYAT TAMAN INDAH KAJANG - DAP TIDAK PERNAH TUNAI JANJI !!!!!

alt
KAJANG 14 Mac - Ternyata janji bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang, Lee Chin Cheh untuk menyediakan tempat letak kereta tambahan di Masjid Kompleks Penjara hanyalah disifatkan bagai melepaskan batuk di tangga.

Penduduk Taman Indah, Mohd Khalid Mohd Sidek, 68, yang sudah tinggal di kawasan tersebut sejak tahun 1982 berkata beliau melahirkan rasa kesal dengan bekas ADUN kawasan tersebut dalam tidak menunaikan janjinya kepada penduduk kawasan itu.

Jelasnya, kawasan masjid kekurangan tempat meletakkan kenderaan terutama sewaktu ketika umat Islam mengerjakan sesi sembahyang Jumaat.
alt
"Politik adalah politik yang mana kamu (Chin Cheh) boleh menjanjikan segalanya. Yang saya nampak apa yang mereka cakap, tidak serupa dengan apa yang mereka buat. Cakap tidak serupa bikin.

"Saya lihat dengan sendiri dengan apa yang mereka buat selama ini. Mereka hanya cakap sajalah," katanya nada kesal ketika ditemubual oleh wartawan Rakyat News di sini, hari ini.

Tambah Khalid, bekas ADUN tersebut pandai menaburkan janji supaya penduduk setempat mengundi beliau semasa PRU13 yang lalu.

"Kamu mesti memberikan satu perjanjian yang menarik untuk orang mengundi kamu.

"Jika tiada manifesto yang cantik kepada penduduk-penduduk (di sini) macam mana orang mahu undi dia," katanya.
alt
Manakala, Shahrul Azmi Bin Mud, 30, yang merupakan seorang perniaga di kawasan tersebut berkata Chin Cheh bertindak bijak dalam menaburkan segala janji pada PRU13 kepada penduduk setempat namun apabila menjadi ADUN tiada sebarang penambahbaikan dilakukan.

"Selama dia menjadi ADUN di sini saya tidak lagi lihat apa yang dibangunkan di kawasan ini.

"Memang itulah yang dia punya cara untuk memancing undi. Janji macam-macam tapi satu pun tidak dilaksanakan.
alt
Disamping itu, peniaga, Mohd Hafizi Bin Mohd Radzi, 35, berkata sekiranya PKR menang sekali lagi pada PRK DUN Kajang kali ini pasti menjanjikan perkara yang sama dalam menyelesaikan masalah penduduk di kawasan tersebut namun beliau yakin bahawa calon PKR itu pasti tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut.

"Siapa yang beri undi kepada dia pada PRU13 lalu telah ditipu oleh bekas ADUN tersebut setelah manifesto yang dia wawarkan sebelum ini pun tidak dilaksana.

"Selepas gagal melaksanakan tanggungjawab menunaikan manifesto, dia melepaskan jawatan untuk digantikan kepada orang lain. penduduk disini terasa tertipu.

"Sudahlah janji tidak ditunaikan malah dia melepaskan jawatan begitu sahaja tanpa sebab yang munasabah dan selaku pengundi terasa tertipu setelah masalah di sini yang belum selesai lagi," katanya.
alt
rakyatnews.my
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: