Dipetik dari Berita Harian:
"Bukan kemungkinan, memang misi Langkah Kajang sebelum ini adalah untuk meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai MB Selangor yang baharu" dedah Azmin.
PENGAKUAN YANG TELAH DIBUAT OLEH AZMIN ALI SEKALIGUS MEMBUKTIKAN BAHAWA GERAKAN HALUS BAGI MENYINGKIRKAN KHALID DARI KERAJAAN NEGERI SELANGOR.
Memandangkan Anwar telah disabitkan bersalah oleh mahkamah berikutan dengan dakwaan dirinya didakwa dengan sengaja meliwat bekas pembantu peribadinya iaitu Saiful Bukhari, misi Langkah Kajang ini dilihat tidak dapat diteruskan.
Apabila ditanya sama ada Wan Azizah akan dilantik sebagai MB Selangor, Azmin memberitahu mereka perlu menang PRK Kajang terlebih dahulu dan kemudian baru berbincang mengenai rampasan jawatan Menteri Besar Selangor itu.
Beberapa hari yang lalu, Sultan Selangor mengeluarkan kenyataan yang baginda enggan menerima pelantikan Menteri Besar baru yang didakwa akan menggantikan Khalid Ibrahim. - (My Media Hub / Nordin Ahmad)
0 comments:
Post a Comment