HURMMMMMM
Kenapa lah wan azizah menjadi mangsa kepada politik kotor Anwar Ibrahim. Adakah kerana tangisan air mata seorang isteri terhadap kecundangnya suami di kamar politiknya sendiri atau kredibelitinya menjadi srikandi kepada Parti KeAdilan Rakyat?
Memang tak dapat kata tidak lagi bahawa itulah dia Wan Azizah. Calon Re-Cycle sejak dari PRK Permatang Pauh lagi Dr.Wan Azizah duk ganti Anwar Ibrahim sahaja. Apabila Anwar Ibrahim keluar daripada penjara , maka kerusi tersebut diberikan semula kepada Anwar Ibrahim.
Wan Azizah jugak mengaku bahawa untuk menjadi calon mana-mana pilihanraya adalah bukan dari dirinya sendiri untuk bertanding dimana-mana kerusi milik pakatan rakyat khususnya Parti KeAdilan Rakyat.
Menurut Azizah, belaiu hanya berpolitik ketika Anwar berada di penjara dan apabila Ketua Pembangkang itu dibebaskan pada 2008 beliau bertekad untuk keluar dari arena politik namun terpaksa kembali bertanding selepas suaminya sekali lagi dipenjara atas kesalahan liwat.
"Saya tidak sangka akan jadi calon selepas 11 Mac, kerana (walaupun) sudah lama saya berkecimpung dalam politik, kerana bukan pilihan saya sendiri, tetapi saya terpanggil pada 1998 apabila terjadi tragedi hitam dalam hidup kami, maka saya terjun dalam politik.
"Saya fikirkan apabila suami saya bebas dan rakyat bersatu, kita lihat banyak perkembangan serta lonjakan politik dalam negara, saya rasa syukur Alhamdulillah, sudah buat apa yang mampu," katanya ketika berceramah di Taman Koperasi CEUPACS, Kajang, baru-baru ini.
Anwar pernah dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 2000 setelah didapati bersalah meliwat bekas pemandu Wan Azizah, Azizan Abu Bakar, namun sabitan tersebut berjaya diketepikan melalui keputusan Mahkamah Persekutuan pada 5 September 2004.
0 comments:
Post a Comment