.

PERLU BACA !!!!! KESELAMATAN NEGARA - ZAHID TIDAK AKAN BERKOMPROMI !!!!!!

Zahid menunjukkan contoh pasport tulen yang telah dijualkan kepada lelaki warga Iran yang menaiki penerbangan MH370 baru-baru ini. - gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri mendedahkan wujudnya sindiket penjualan pasport tulen membabitkan negara jiran yang menyumbang kepada kes dua pelancong Iran menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Siasatan mendapati dua pasport yang dimiliki warga Iran itu bukan palsu tetapi genuine (tulen). Dia (dua lelaki Iran) masuk (ke Malaysia) menaiki kapal terbang Qatar Airways dari Phuket ke Kuala Lumpur pada 28 Feb. (Kita percaya) di Phuket lah mereka membeli atau mendapatkan pasport tersebut," katanya.
Ahmad Zahid menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang ingin tahu kebanjiran pelajar asing dan pekerja asing tanpa izin termasuk kes dua pelancong Iran tersebut di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.
Beliau berkata maklumat itu hasil siasatan awal yang dijalankan pihaknya dan Jabatan Imigresen namun keseluruhan siasatan akan didedahkan ketika sesi penggulungan yang dijadual akhir bulan ini.
Ahmad Zahid turut menegaskan Jabatan Imigresen dan kementeriannya tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket sekalipun kerana pihak berkuasa memandang serius dalam hal membabitkan keselamatan negara.
Jelasnya lebih 40 juta kes pasport hilang dilapor Interpol di seluruh dunia ketika ini dan Malaysia turut menerima tempias tersebut.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Menjawab soalan lain, Ahmad Zahid juga berkata hasil kerjasama dengan Kementerian Pendidikan, beberapa pusat bahasa yang kononnya menawarkan kemudahan belajar Bahasa Inggeris telah ditutup kerana menyalah guna pas pelajar untuk bekerja.
"Siasatan rapi mendapati pelajar-pelajar ini akan dapat pas pelajar namun akan diberikan kerja di tempat lain dan bukannya belajar," katanya.
Ahmad Zahid berkata sebanyak 117,833 orang pemegang pas pelajar antarabangsa aktif sehingga 31 Dis lepas dan kemasukan mereka berpandukan tawaran belajar dan kemampuan institusi pendidikan swasta untuk mengendalikan pelajar antarabangsa.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata sebanyak 5,217 kes tinggal lebih masa dan sebanyak 57 kes salah guna pas telah dikendalikan Jabatan Imigresen bagi tempoh 2010 hingga 2013.
Bagi tempoh yang sama, Polis Diraja Malaysia merekodkan sebanyak 40 kes di bawah kategori jenayah kekerasan, 31 kes menurut kategori jenayah harta benda, 505 kes mengikut Akta Dadah Berbahaya, Akta Racun 1952 dan 1,403 kes jenayah komersial, katanya.
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: