Penerbangan Malindo Air yang menuju ke Kuala Terengganu selepas berlepas tujuh minit dari Lapangan Terbang Subang terpaksa melakukan pendaratan cemas kerana mengalami kebakaran enjin disayap kiri.
Melalui media release yang telah disahkan oleh Malindo Air , pesawat yang membawa 49 orang penumpang tersebut sedang menuju ke Kuala Terengganu.
Pilot Y.Y Wong berjaya melakukan pendaratan kecemasan di lapangan terbang yang sama sejurus mendapati kebakaran yang berlaku pada pesawat yang dipandunya.
Penerbangan yang membawa skuad pasukan bola sepak Terengganu , Faiz Subri salah seorang pemain yang juga penumpang penerbangan tersebut sempat mengambil gambar kebakaran yang berlaku pada enjin sayap kiri pesawat tersebut.
Enjin sayap kiri pesawat tersebut terbakar pada ketinggian 7,000 kaki, kira-kira lima ke tujuh minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Gambar sayap Malindo Air yang terbakar dimuat naikkan oleh pemain Terengganu, Faiz Subri di laman sosial miliknya.
0 comments:
Post a Comment