Peristiwa sedih yang melanda tanah air sejak 19 hari yang lalu, apabila kehilangan pesawat MH370 dilaporkan hilang oleh seluruh media segenap tanahair telah meniggalkan kesan yang mendalam kepada diri Anwar Zain penyanyi popular tanahair.
Menurutnya, keputusan itu juga diambil bagi menghormati ahli keluarga mangsa yang terlibat.
“Sebenarnya sejak awal MH370 disahkan hilang, perkara pertama yang bermain difikirkan saya adalah untuk menundakan persembahan ini.
“Ini adalah keputusan yang tepat dan tarikh baharu yang kami pilih lebih bersesuaian selepas semuanya reda,” katanya ketika ditemui pada sidang media pengumuman penundaan itu di Zebra Square di sini, kelmarin.
Dirinya yang pernah bergelar pramugara MAS sebelum menceburkan diri didalam industri musik Malaysia turut merasakan kesedihan kerana Ketua Pramugara, Andrew Nari dan penyelia, Patrick Francis Gomes adalah teman seperjuangannya ketika berkhidmat dengan syarikat penerbangan itu dari tahun 1990 hingga 2000.
Pada masa yang sama, Anuar akui insiden kehilangan pesawat MH370 sedikit sebanyak mengganggu emosinya serta Anwar agak tertekan setiap kali memikirkan nasib yang menimpa penumpang dan anak kapal dalam pesawat itu.
0 comments:
Post a Comment