.

Anwar Ibrahim cuba mengajar kuasa besar melalui pesananya kepada Susan Rice Penasihat Keselamatan Amerika


Susan Rice adalah penasihat keselamatan Amerika Syarikat yang mewakili presidennya untuk bertemu dengan pemimpin parti politik pembangkang iaitu Anwar Ibrahim bersama dua lagi pemimpin utama parti komponen yang bernaung dibawah satu nama Pakatan Rakyat.

Pertemuan yang berlangsung di Kuala Lumpur secara dasarnya Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan plan tindakan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA)yang telah diusulkan oleh Presiden Amerika yang ke-44 tersebut kepada beberapa negara Asean seperti Jepun , Indonesia , Filipina dan Malaysia.

"Rice meminta input mengenai strategi untuk meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat dan menyesyorkan perbualan telus ​​mengenai rundingan bagi Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
"Anwar menyatakan bahawa beliau percaya adalah penting untuk menerokai semua saluran kerjasama dua hala dan membuat rujukan kepada rangka kerja kerjasama komprehensif  Amerika Syarikat dalam melibatkan negara jiran Indonesia dan Vietnam. 
"Di negara-negara berkenaan, penglibatan itu ialah perdagangan yang benar-benar menyeluruh meliputi perdagangan, keselamatan, pendidikan, alam sekitar serta isu-isu hak asasi manusia, tadbir urus yang baik dan demokrasi," katanya.
Anwar berkata, beliau mencadangkan supaya Amerika Syarikat mewujudkan satu Kumpulan Kerja mengenai tadbir urus dan hak asasi manusia, yang turut melibatkan wakil-wakil dari masyarakat awam dan pembangkang sebagai salah satu cara penting untuk mengukuhkan kerjasama komprehensif, yang diumumkan Presiden AS, Barack Obama dalam lawatannya ke Malaysia.
Mengenai TPPA, Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) percaya bahawa Malaysia merupakan sebuah negara perdagangan yang mesti menarik Pelaburan Langsung Asing untuk terus hidup dalam ekonomi global yang mencabar.
Menurut Anwar, beliau menjelaskan kepada Rice bahawa Pakatan Rakyat telah menyuarakan kebimbangan mereka mengenai TPPA , khususnya mengenai ketetapan berhubung sektor pertanian, sektor farmaseutikal dan pendedahan kepada tindakan undang-undang yang kompleks dan mahal yang mungkin dihadapi Malaysia apabila menandatangani perjanjian itu.
Anwar menjelaskan, usaha-usaha untuk melibatkan diri dengan Kerajaan Persekutuan untuk menyuarakan masalah dan cadangan Pakatan Rakyat telah ditolak.
"Rice menyatakan keperluan untuk memudahkan perbualan yang lebih luas di Malaysia mengenai perjanjian itu bagi memastikan semua pihak faham, untuk tidak memburuk-burukkan Amerika Syarikat, dan untuk memastikan bahawa proses perundingan lebih telus dan inklusif," katanya.

Dalam pada itu, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut menyuarakan tentang integriti pilihan raya di Malaysia sementara Mustafa menekankan mengenai kesulitan apabila kuasa Kerajaan Persekutuan dilihat memberi kesan kepada beberapa kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang.

Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: