Lawatan 3 hari ke Malaysia Barack Hussein Obama meninggalkan seribu satu cerita dan teori apabila dirinya sendiri tiada agenda untuk bertemu dengan mana-mana pemimpin utama pembangkang di Malaysia.
Namun kenyataan tersebut enggan diterima oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang beranggapan bahawa Presiden Amerika ke-44 tersebut sebenarnya ditekan oleh Dato'Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia untuk tidak bertemu dengan Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum Parti KeAdilan Rakyat (PKR).
Rupanya,agak sinis kenyataan yang dibuat oleh Obama terhadap Anwar Ibrahim yang sengaja memperbesarkan isu bahawa dirinya sedang ditekan oleh kuasa besar politik di Malaysia bagi menyekat dirinya untuk bertemu dengan Anwar Ibrahim.
Selama hari ini Anwar Ibrahim sibuk kehulu-kehilir bercerita dengan rakyat Malaysia bahawa dirinya begitu rapat dengan pemimpin-pemimpin kuasa besar dunia diluar sana.Antara nama besar yang selalu di sebut-sebut olehnya adalah Hussein Al-Qardawi, Barack Obama dan lain-lain lagi.
Ternyata ungkapan dan cerita Anwar Ibrahim itu adalah satu rekaan semata-mata untuk memperlihatkan bahawa kes dan dirinya begitu mendapat tempat dimata dunia.
Jika benar Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang dianggap sebagai pemimpin yang teraniya dengan kuasa politik dan undang-undang yang tidak adil terhadap dirinya, Mengapa tidak media asing seperti Al-Jazera , Reuters,atau CNN sendiri yang mengeluarkan laporan sepanjang kesnya berjalan dan sedang dibicarakan di Mahkamah serta memberi tajuk yang agak dangkal serta tomohan terhadap kerajaan Malaysia.
Rahsia Anwar Ibrahim kini telah diketahui ramai dan seluruh rakyat Malaysia.Tidakkah itu satu tindakan yang telah memakan dirinya sendiri. Apatidaknya, diatas pentas politik pembangkang Anwar Ibrahim suka jual nama pemimpin-pemimpin besar yang seolah-olah dirinya kenal rapat dengan mereka.Sedangkan apa yang berlaku sepanjang lawatan Barack Hussein Obama ke Malaysia sudah cukup membuktikan bahawa dakwaan Anwar Ibrahim selama hari ini adalah satu retorika politik Anwar Ibrahim bagi membuktikan bahawa negara-negara besar diluar sana menyokong dirinya.
0 comments:
Post a Comment