Pemergiaan Karpal Singh semalam yang terlibat didalam kemalangan jalanaraya di kilometer 301.6 lebuhraya utara-selatan berhampiran Gua Tempurung jelas menggemparkan segenap rakyat Malaysia dengan berita yang dilaporkan pada 1.10pagi semalam.
Namun ramai yang menyifatkan bahawa Karpal Singh adalah seorang tokoh politik pembangkang yang hebat didalam pendirianya apabila mengutarakan sesuatu isu di parlimen mahupun di ruang media masa pembangkang terutama sekali didalam isu kalimah Allah.
"LANGKAH MAYAT KAMI DAHULU " ayat yang begitu lantang disuarakan oleh Karpal Singh sepanjang isu melaksanakan HUDUD di Malaysia didesak oleh PAS rakan sekutunya. Ini adalah ketegasan yang dimiliki oleh Karpal Singh sehingga mampu menundukan pihak yang mendesaknya untuk mempersetujui perlaksaan hudud di Malaysia.
Sepanjang penglibatan Karpal didalam arena politik negara, sejak dari zaman Tun Mahathir lagi beliau dilihat agak berpendirian didalam mengutarakan isu-isu yang melibatkan pemimpin negara dan isu-isu semasa terutama sekali yang melibatkan perundangan negara.
Ianya haruslah dipandang positif oleh rakyat Malaysia kerana setiap isu yang diutarakan oleh Karpal Singh sepanjang hayatnya adalah memberikan kesan yang positif terhadap sistem perundangan negara.
Hal ini tidak dinafikan oleh Tun Mahathir sendiri apabila diminta penjelasan oleh pihak media ketika beliau berada didalam majlis anjuran Matread semalam.
Walaupun berpegang pada ideologi politik yang berbeza, bekas Pengerusi DAP dan anggota Parlimen Bukut Gelugor Karpal Singh, yang maut dalam kemalangan, telah banyak menyumbang kepada negara,
kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahatir Mohamad.
Beliau berkata Karpal sering mengkritik kerajaan apabila beliau melihat sesuatu perkara yang tidak betul.
"Sebahagian daripada kritikannya mungkin tidak betul tetapi ada juga yang mempunyai asas. Kita memerlukan pembangkang yang bercakap munasabah," katanya ketika mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang peguam tersebut.
Namun demikian, kesan yang dihadapi sekarang oleh Anwar Ibrahim adalah umpama seekor harimau yang telah hilang kuku dan taring didalam arena politiknya sendiri. Jika dahulu 3 serangkai di dalam dunia politik pembangkang terdiri daripada Karpal Singh , Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim sendiri. Kini hanya tinggal 2 sahaja tunggak utama didalam politik pembangkang yang lantang bersuara didalam apa jua isu yang hangat untuk menjadi bahan pertikaikan mereka bertiga.
Kesian dan persoalan siapakah bakal menjadi pengganti kepada mendiang Karpal Singh yang baru sahaja semalam meninggalkan arena politiknya buat selamanya. Siapakah yang dilihat setanding dengan kebolehan Karpal Singh. Anwar Ibrahim masih lagi didalam berkabung pasti buntu untuk menjawap soalan-soalan tersebut. Adakah anak Karpal Singh iaitu Gobinda Singh akan menggantikan tempat bapanya atau ada nama lain yang sedang berlegar-legar didalam benar Anwar Ibrahim.
Jika sebelum hari ini nama Karpal Singh tidak pernah putus dari mulut Anwar sepanjang kesnya berjalan, untuk hari esok tiada lagi nama Karpal dimulut Anwar Ibrahim, mungkin Anwar akan tersasul menyebutnya kerana Karpal Singh adalah sahabat yang PALING rapat dengan Anwar Ibrahim sepanjang tertubuhnya politik pembangkang yang disatukan dengan nama PAKATAN RAKYAT.
0 comments:
Post a Comment