Perkahwinan diantara Adam dan isterinya yang juga bekas anggota kumpulan elite yang baru usia beberapa bulan dikatakan telah retak dan bergolak oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawap didalam mengeluarkan isu dan khabar angin palsu yang menyatakan bahawa hubungan rumah tangga diantara Adam Af dan Fiza sedang bermasalah.
Fiza yang dahulunya merupakan bekas anggota kumpulan Elite dikatakan sering mengemas kini status di aplikasi permesejan Whatsapp miliknya dengan kata-kata dan ungkapan yang berbaur sedih.
Lantaran itu, timbul gosip mengatakan keadaan rumah tangga Adam atau nama sebenarnya, Mohd. Aizam Mat Saman, 31, dikatakan sedang bergolak.
ADAM: Saya sedar ramai orang sedang bercakap tentang perkara ini dan ada juga ura-ura yang mengatakan hubungan kami sedang dilanda masalah.
Namun, saya dan Fiza baik-baik sahaja. Rasanya, saya tidak perlu memberikan komen mengenai perkara ini dengan lebih lanjut.
Adakah disebabkan ura-ura tersebut, anda cuba untuk lari daripada media dan meninggalkan majlis yang anda hadiri dengan lebih awal?
Saya akui pulang awal sewaktu menghadiri majlis sidang akhbar Selawat Perdana baru-baru ini. Namun, saya pulang awal kerana perlu menghadiri sesi fotografi untuk filem Apokalips X.
Bercakap tentang Apokalips X, anda juga dikatakan pulang awal sewaktu majlis tayangan perdana filem itu yang diadakan beberapa minggu lalu. Boleh berikan sedikit komen?
Tuduhan itu tidak benar sama sekali. Saya hadir pada majlis tayangan tersebut. Bagaimanapun, tiada wartawan yang datang berjumpa saya untuk diwawancara.
Apakah komen anda terhadap pembatalan sesi fotografi bersama Kosmo!?
Saya akui, itu merupakan kesalahan saya sendiri. Saya memang ada hal yang perlu diselesaikan dan perlu pulang ke Sabah. Namun, saya telah memaklumkan perkara tersebut beberapa hari sebelum sesi fotografi tersebut dijalankan.
Apakah pula komen anda terhadap cakap-cakap negatif mengenai kerjaya anda sebagai penyanyi yang berjalan seiring dengan keupayaan mengubat orang sakit dengan menggunakan kaedah Islam?
Buat masa ini, saya hanya membantu guru saya mengubati orang. Jika guru saya berada di luar kawasan, baru saya mengambil alih tugasnya. Lagipun, saya memakai serban dan jubah mengikut tempat yang dituju. Padahal, saya masih Adam yang sama.
Adakah isu-isu ini menggugat kebahagian rumah tangga anda?
Tidak sama sekali. Walaupun dihambat dengan pelbagai cerita, saya dan Fiza tidak pernah bergaduh. Mungkin ini adalah ujian yang Allah ingin berikan kepada saya.
0 comments:
Post a Comment