.

HARUS BACA !!!!!! DIEGO GARCIA PUSAT TADBIR DAJJAL !!!!!

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, berapa ramai yang pernah dengar nama “Diego Garcia” sebelum ini. Aku jujur hanya dengar perkataan “Diego Garcia” selepas tragedi MH370 pada 8/3/14. Memang banyak ilmu baru aku belajar daripada peristiwa ini kerana setiap hari ada sahaja ilmu baru yang dikongsikan dalam berita terkini MH370.

Kedudukan Diego Garcia di Lautan Hindi

Diego Garcia sebahagian daripada British Indian Oceon tanah jajahan British sebuah pulau terletak di tengah-tengah Lautan Hindi. Tanah daratan yang paling hampir adalah Selatan India iaitu kira-kira 1,790 km lokasi paling strategik menguasai dunia.

Amerika mula membina pengkalan tentera bermula pada tahun 1971 dan meningkatkan kemudahan berperingkat sehingga menjadi pengkalan yang canggih. Menjadi pusat serangan ke atas Taliban di Afghanistan dan perang teluk sehingga sekarang. Semua penduduk di sini telah dipindahkan yang tinggal hanya warga Amerika dan British yang bertugas di pengkalan ini. Memang sangat rahsia pengkalan tentera di Diego Garcia ni dah macam pengkalan Dajjal pulak.

Gambar Diego Garcia

Nama Diego Garcia memang bermain di sosial media apabila bercerita tentang teori kospirasi kehilangan misteri MH370 sehingga kini tidak jumpa jejak. Terbaru berkitar di dunia internet kisah Jurutera IBM Malaysia, Philip Wood yang telah menghantar pesanan bantuan melalui iPhone 5 kepada sebuah forum mengatakan dia ditahan di Diego Garcia.


“I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly. ”

Memang misteri sebuah pesawat yang canggih boleh hilang begitu sahaja dari radar dari lokasi yang sangat unik. Pendapat peribadi aku tapi ini bukan spekulasi pesawat MH370 telah dihilangkan oleh kumpulan orang yang sangat pakar atas sebab-sebab tertentu. Memang tidak mustahil kalau MH370 berada di Diego Garcia tetapi siapa yang boleh buktikan bahawa Philip Wood sememangnya ditahan di sana.


Ada juga yang kata Diego Garcia adalah pusat kerajaan Dajjal yang berada di tengah-tengah lautan dibina oleh askar-askar Dajjal untuk mengusai dunia. Kalau kita rajin membaca dan mendengar kuliah ustaz-ustaz memang ceritanya kerajaan Dajjal beroperasi di tengah lautan.

Diego Garcia yang dibina dengan penuh rahsia di kepuluan kecil di tengah-tengah Lautan Hindi pasti ada sebabnya bukan sekadar untuk menyerang Afghanistan dan Iraq sahaja.

Dunia akhir zaman semakin hampir kepada penghujungnya askar-askar Dajjal sedang bermaharajalela mengusai minda manusia sehingga yakin yang salah itu betul dan yang betul itu salah. Mungkin Diego Garcia sebahagian daripada projek HAARP mereka dan MH370 antara yang dipilih. Teruskan beramal semoga kita terhindar dari fitnah Dajjal.

1. Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.” [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
2. Imam Ahmad berkata : ”Daripada Abi Al-Darda’i, Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.” [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ] 

MMH
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

Anonymous said...

tanya la ngan bro anwar mayb dia penah kesana..