Tan Sri Bashir AHmad Pengarahan Urusan Malaysia Airport Holdings Berhad |
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipilih sebagai lapangan terbang kedua terbaik dalam kategori pengendalian 40 hingga 50 juta penumpang pada Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax 2014.
Ia berdasarkan pencalonan 12.85 juta penumpang udara membabitkan 110 kewarganegaraan yang meliputi 410 lapangan terbang di seluruh dunia.
Antara kriteria yang dinilai termasuk perkhidmatan daftar masuk, ketibaan serta pelepasan, pertukaran penerbangan, membeli-belah, keselamatan dan imigresen.
Pengarah urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Tan Sri Bashir Ahmad dalam kenyataannya berkata, pengiktirafan itu sejajar dengan usaha pihaknya dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna.
Bashir pada masa sama turut optimis pihaknya akan terus melakukan yang terbaik terutama dalam mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang akan beroperasi bermula 2 Mei hadapan.
KLIA2 dibuka bagi menggantikan Terminal Tambang Murah (LCCT) yang telah beroperasi sejak 2006.
0 comments:
Post a Comment