.

HARUS BACA !!!!! TIADA SILAPNYA NAJIB RAZAK-DUTA CHINA !!!


Perkataan "berakhir" di selatan Lautan Hindi yang dipilih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerangkan nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 adalah pilihan terbaik, kata Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Huikang.

Bercakap dalam sidang akhbar di kedutaan China di sini hari ini, Huikang mempertahankan perkataan yang digunakan oleh Najib dalam usaha bagi mengelakkan makna yang mendatangkan keburukan dalam kalangan anggota keluarga penumpang.

"Saya faham, Najib berhati-hati memilih perkataan "berakhir" daripada jatuh, terhempas atau tiada siapa yang terselamat kerana jika beliau memilih perkataan itu ia akan menjadi satu tamparan hebat kepada anggota keluarga .

"Anggota keluarga (warga) China masih berharap orang yang mereka sayangi masih selamat," katanya.

Pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200, Najib mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal "berakhir di selatan Lautan Hindi" selepas analisis terbaharu data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan bahawa Penerbangan MH370 terbang melalui koridor selatan dan bahawa kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.

Huikang menegaskan perkataan "berakhir" yang dipilih Najib memberi panduan yang signifikan dalam operasi mencari dan menyelamat kerana ia membantu mengecilkan kawasan pencarian.

"Sebelum ini, kita mempunyai dua kawasan carian iaitu koridor utara dan koridor selatan. Tetapi dengan kesimpulan yang dibuat oleh Najib, kita mengecilkan kawasan mencari dan menyelamat dan memberi tumpuan di selatan," katanya.

Di peringkat awal operasi mencari dan menyelamat, usaha itu dibahagikan kepada dua koridor - koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, dan koridor selatan, meliputi Indonesia sehingga ke selatan Lautan Hindi.

Duta itu juga menyelar tindakan media asing atas laporan penuh kontroversi dan berat sebelah berhubung kehilangan pesawat malang itu menyebabkan anggota keluarga warga Chia begitu marah dan menuduh kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab.

"Kami ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan bahawa laporan sedemikian boleh menjejaskan hubungan Malaysia-China memandangkan semua orang tahu bahawa Malaysia telah melakukan usaha mereka yang terbaik terutama bagi anggota keluarga (penumpang dan anak kapal)," katanya.
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: