Penjelasan kepada mengapa Barack Hussein Obama tidak mahu bertemu dengan Anwar Ibrahim pemimpin pembangkang yang memegang jawatan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat serba sedikit memberikan satu perasaan malu terhadap pemimpin pembangkang tersebut.
Terdahulu,Anwar Ibrahim menyifatkan dan menyatakan kepada umum melalui laman blognya serta dengan berani membuat kenyataan bahawa Perdana Menteri Amerika ke-44 tersebut telah di tekan oleh Dato'Seri Najib Perdana Menteri Malaysia untuk tidak bertemu dengan pemimpin pembangkang tersebut didalam rangka lawatanya ke Malaysia.
Jelas kecaman tersebut tidak betul dan dinafikan oleh Barack Obama sendiri ketika berada didalam sidang media bersama Dato'Seri Najib ketika kedua-dua pemimpin utama negara tersebut berada di Putrajaya.
Hakikat bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama tidak bertemu dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rangka lawatannya ke negara ini bukannya kerana beliau tidak bimbang tentang isu -isu kebebasan awam di Malaysia.
Obama berkata beliau tidak berjumpa dengan ramai orang dan subjek kebebasan awam merupakan salah satu agenda utamanya semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berlepas ke Filipina dengan pesawat Air Force One pukul 10.20 pagi tadi.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mewakili negara mengucapkan selamat jalan kepada Obama.
Sepanjang tiga hari berada di Malaysia, Obama mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, diraikan dalam satu jamuan negara, pertemuan dengan pemimpin muda ASEAN dan bertemu pemimpin badan bukan kerajaan.
0 comments:
Post a Comment