Tahaluf Siyasi ??? yang di definisikan oleh kebanyakan pemimpin PAS yang beragama islam adalah kesepakatan didalam politik untuk mencari kesepaduan antara kaum di Malaysia. Kononya apabila PAS bersatu dengan DAP dan PKR mereka akan mendapat sokongan untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia.
Asalkan PAS berbunyi pasal laksana HUDUD antara dua parti lain didalam usaha tahaluf siyasi pasti akan menentang dan mengecam pemimpin PAS dengan hebat sehingga pemimpin Islam didalam PKR juga turut membantah bagi melaksanakan dan sanggup memberi kenyataan TIADA AGENDA LAKSANA HUDUD didalam Pakatan Rakyat.
Apakah maksud ini semua ? Sewaktu mendiang Karpal Singh masih hidup dan bernyawa lagi begitu juga jadinya dan pendapat yang sama juga diberikan kepada pemimpin PAS,namun apa yang berlaku,pemimpin PAS hanya berdiam diri tanpa ada sebarang kenyataan yang dibuat selepas di kecam oleh rakan separti mereka.
Dan hari ini sekali lagi pemimpin PAS di cabar oleh Setiausaha Kebangsaan DAP Anthony Loke Siew Fook dengan kata-kata menyangkal pemimpin PAS yang membuat keputusan untuk meneruskan agenda bagi melaksanakan Hukum tersebut tanpa ada kata sepakat daripada dua parti politik sekutunya DAP dan PKR.
"Sekiranya PAS bertegas untuk membuat sebarang keputusan dan tindakan yang tidak konsesus dalam Pakaran Rakyat,maka langkah yang paling terhormat dan sewajarnya untuk PAS adalah berundur dari Pakatan Rakyat," begitulah kenyataan dan kecaman yang telah diberikan oleh Anthony Loke Siew Fook terhadap kepimpinan PAS.
Persoalan mula timbul,adakah PAS bersedia untuk meninggalkan Pakatan Rakyat sekiranya masih keras untuk melaksanakan hukum tersebut ? Penulis tidak memikirkan bahawa PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat.Tetapi apa yang bermain di fikiran penulis,PAS akan menukar lagi hala tuju perjuangan parti yang berasaskan Islam ini.Namun untuk meninggalkan rakan pembangkang rasanya ianya tidak akan berlaku kerana didalam PAS itu sendiri terdapat penyokong Pro-Anwar Ibrahim (Anwarinas). Mana mungkin PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat begitu sahaja sedangkan kekuatan PAS hari ini salah satu faktornya adalah sokongan yang diperoleh dari pasukan Pro-Anwar Ibrahim, Maka apa yang akan terjadi adalah PAS akan mengikut lagi telunjuk dua pasti kesayanganya DAP dan PKR,
0 comments:
Post a Comment