.

Isu Air : Pengilang Hadapi Kos Tinggi Di Selangor


Industri di Selangor akan terjejas teruk akibat kos yang tingggi sekiranya mereka juga tertakluk kepada catuan air juga, demikian menurut Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).


"Jika syarikat-syarikat di negeri ini menghadapi masalah kekurangan air, mereka perlu mencari sumber bekalan alternatif.

"Sudah pasti ia akan menjadi sangat mahal," kata Presiden FMM, Datuk Saw Choo Boon.

Sebagai contoh beliau berkata, sebuah syarikat makanan dan minuman yang berpangkalan di Shah Alam memerlukan bekalan alternatif berjumlah kira-kira 120 tangki air sehari.

"Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor) mengenakan bayaran percubaan iaitu pertambahan RM100 bagi satu tangki untuk setiap perjalanan. Oleh itu syarikat ini akan perlu membayar kira-kira RM150,000 sehari.

"Jika mereka tidak mendapat bekalan, mereka akan kehilangan kira-kira RM15 juta sehari bagi kos dan jualan akibat daripada pengeluaran terpaksa dihentikan kerana kekurangan air," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

FMM Selangor telah mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang bersetuju untuk menangguhkan catuan air di kawasan perindustrian terpilih buat masa ini.

Persekutuan itu juga memahami bahawa banyak projek-projek pelaburan di Selangor dan projek pembinaan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa ditangguhkan kerana Syabas tidak dapat memberi jaminan mengenai bekalan air.

"Sebuah syarikat barangan elektrik terpaksa melupakan tempahan bernilai RM40 juta kerana kekurangan bekalan air dan akhirnya tempahan itu beralih ke negara jiran," kata Saw sambil menambah bahawa beban industri akan diringankan jika Syabas memansuhkan yuran percubaan.

Tambah Saw, memorandum persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dan negeri untuk menstruktur semula industri air Selangor memberikan "harapan penyelesaian jangka panjang".

Walau bagaimanapun katanya, tindakan segera diperlukan untuk penyelesaian jangka pendek kerana Projek Langat 2 hanya akan siap selepas tiga tahun.

Selain itu FMM turut meminta kerajaan negeri supya memberi kelulusan segera bagi penggunaan air bawah tanah dan mengetepikan tarif air bawah tanah untuk tiga tahun pertama.

mstar
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: