.

Kakak longlai lidah terkelu kren adik jatuh



Seorang lelaki maut apabila kren yang dikendalikannya jatuh dari tingkat 11 sebuah bangunan di tapak pembinaan di Ara Damansara di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, Mohd. Hafadz Sanip, 26, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kepala dan pinggang akibat dihempap platform serta besi kren ber kenaan.

Difahamkan, ketika itu mangsa sedang membawa muatan barang di atas platform terbabit untuk melakukan kerja-kerja pembinaan bangunan pejabat yang sudah siap hampir 25 peratus.

Azita Sanip, 39, berkata, semasa kejadian, dia berada di rumahnya di PPR Lembah Subang yang terletak kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

“Saya berlari ke luar rumah sebaik mendengar bunyi benda jatuh yang kuat, jiran-jiran lain juga terkejut," katanya ditemui di perkarangan bilik mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), semalam.

Kata Azita, lebih kurang 30 minit kemudian, rakan sekerja Hafadz datang ke rumah memberitahu apa yang berlaku.

“Tubuh saya longlai, lidah kelu selepas terima khabar adik saya maut dalam kejadian itu,” katanya.

Menurutnya lagi, perangai pelik arwah memohon maaf kepada adik beradiknya beberapa hari yang lalu rupa-rupanya petanda dia akan pergi menghadap Ilahi.


Mangsa yang cedera parah maut serta merta akibat tersepit dalam kren yang patah selepas terjatuh pada ketinggian 54 meter dari aras tanah.

Pegawai Operasi Bomba Zon Petaling, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Zaikunor Afendi Muhammad Nordin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.01 pagi dan bomba tiba di tempat kejadian 14 minit kemudian

Menurutnya, seramai tujuh anggota termasuk seorang pegawai daripada balai bomba dan penyelamat Seksyen 7 terlibat dalam operasi terbabit.

sumber
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: