.

TERKINI !!!! ISTERI ADUN PALOH MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR !!!!

Foto

Isteri ADUN Paloh, Datuk Paduka Nozula Mat Diah, Datin Paduka Maziah Din dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya sekitar jam 6.30 petang Khamis.

Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Gua Musang, Kelantan Datuk Nozula Mat Diah cedera manakala isterinya terkorban selepas kereta dinaiki pasangan itu terbabas dan merempuh tebing bukit di Kilometer 24 Jalan Cameron Highlands - Simpang Pulai dekat Simpang Keramat di sini, lewat petang tadi.
Dalam kejadian 6.30 petang itu, Datin Maziah Din meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, ketika mendapatkan rawatan manakala Nozula mengalami cedera ringan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Menurut satu kenyataan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani, kenderaan yang dipandu sendiri oleh Nozula itu dipercayai terbabas dan melanggar tebing bukit di Cameron Hinglands menuju ke Simpang Pulai.

“Kenderaan dipercayai terbabas kerana permukaan jalan yang licin,” kata Acyrl Sani seperi dipetik meneusi kenyataan tersebut.

Nozula kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil di Hospital Ipoh dan hanya mengalami cedera ringan.







Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: