.

Laman Blog Anwar Ibrahim merayu untuk berjumpa dengan Barack Obama


Lawatan 3 hari Barack Obama Presiden Amerika ke Malaysia menjadi topik perbualan hangat di kalangan penyokong-pemyokong tegar Pakatan Rakyat sejak dari pengumuman kunjungan presiden tersebut ke Malaysia.

Topik hangat itu juga turut di coretkan didalam laman blog milik Ketua Umum Parti KeAdilan Rakyat tersebut.

Didalam beberapa topik yang dimuat naik didalam laman blog milik Anwar Ibrahim terdapat 2 topik utama yang menjadi pilihan hangat pembaca iaitu 



Secara jelasnya Anwar Ibrahim seolah-olah dilihat seperti merayu untuk bertemu dengan Presiden Amerika yang ke-44 tersebut yang mempunyai masa selama 3 hari sahaja rangka lawatanya ke Malaysia.

Malangnya rayuan untuk bertemu dengan Barack Obama itu tidak dilayan sama sekali dan secara nyatanya Barack Obama tidak bertujuan langsung untuk bertemu dengan Anwar Ibrahim didalam lawatanya ke Malaysia.

Menjadi kehairanan dan tanda tanya kepada seluruh rakyat Malaysia, mengapa perlu Anwar Ibrahim untuk bertemu dengan Barack Obama di Malaysia ? Bukankah selalunya setiap kali didalam ceramah isu penentangan yang diberikan oleh Anwar Ibrahim, Anwar selalu memberitahu bahawa dirinya mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpim-pemimpin dunia termasuklah hubungan baik diantara dirinya dengan Perdana Menteri Amerika itu sendiri.

MEMALUKAN !!!! itu sahaja lah penulis dapat simpulkan dengan kemahuan Anwar Ibrahim yang senantiasa suka mengaburi mata dan telinga penyokongnya dengan menyatakan bahawa dirinya mempunyai hubungan yang baik dengan semua pemimpin-pemimpin besar dunia. Jika benar dirinya mempunyai hubungan yang baik mengapa Mr.Barack Obama tidak menyatakan didalam jadualnya bahawa akan bertemu dengan pemimpin parti pembangkang di Malaysia seperti Anwar Ibrahim yang kononya mendapat sokongan mejoriti didalam Pilihanraya Umum 13 lepas.





Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: