.

#MH370 Memorandum pertama dibentang

Tiga jawatankuasa peringkat kementerian yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi menyelaras dan memperkukuhkan usaha mencari dan siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370, akan membentangkan memorandum pertamanya kepada Kabinet dalam masa terdekat.


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pembentangan itu mungkin akan dilakukan semasa mesyuarat Kabinet minggu depan.

"Kita mungkin akan dapat membentangkan memorandum itu kepada Kabinet semasa ia bermesyuarat pada minggu hadapan," katanya semasa satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Sebelum ini, Hishammuddin mengumumkan tiga jawatankuasa peringkat kementerian yang ditubuhkan itu terdiri daripada Jawatankuasa Waris Penumpang, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pergerakan Aset.

Jawatankuasa Waris Penumpang diketuai Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin; Jawatankuasa Teknikal diketuai Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, dan Jawatankuasa Pergerakan Aset diketuai Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri.

awani


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: