Kira-kira 100 penunggang Superbike mengiringi kereta yang membawa keranda mendiang Karpal Singh tiba di Dewan Sri Pinang pada Ahad.
Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pulau Pinang mengawal laluan untuk kemasukan kereta berkenaan.
Beberapa orang dilihat mengibarkan bendera gergasi DAP di pintu masuk.
Pemimpin parti berada di dalam dewan bagi menunggu keranda yang membawa masuk mayat mendiang.
Beribu-ribu orang mula mengemuruni bangunan dewan untuk memberi penghormatan terakhir kepada tokoh politik terhormat itu.
Orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir di Dewan Sri Pinang bermula pukul 8.30 pagi sehingga 10.15 pagi.
Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan menyampaikan ucapan penghormatannya pada pukul 10.15 pagi.
Perarakan itu menandakan perjalanan terakhir buat upacara yang memberi kesan yang ditinggalkan mendiang yang diberi jolokan "Harimau Jelutong".
Perarakan itu akan membuat beberapa perhentian di tempat-tempat yang begitu dekat dengan Karpal, iaitu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, pejabatnya di Green Hall , bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Institusi St Xavier (SXI) di mana tempat pendidikan beliau dan ibu pejabat parti DAP negeri di Rangoon Road, sebelum ke krematorium Batu Gantong.
mstar
0 comments:
Post a Comment