Remy Ishak dikecam teruk dilaman sosial miliknya apabila dirinya memuat naik gambar dirinya yang sedang berpesta di Bangkok.
Pesta Songkran di Thailand sememangnya akan disambut setiap tahun pada bulan April. Namun Remy Ishak yang turut menyangkal kecaman terhadap dirinya turut menyatakan bahawa dirinya tidak merangcang untuk turut sama didalam pesta tersebut ketika ianya diraikan oleh rakyat negara tersebut.
Secara ringkas, Pesta Songkran adalah sambutan tahun baharu bagi masyarakat Buddha di Thailand. Pada hari tersebut diadakan acara menyimbah air simbolik sebagai membersihkan patung-patung Buddha.
"Sejujurnya saya tidak merancang untuk menyertai pesta itu kerana pada asalnya saya mahu bercuti dan berehat selepas penat menjalani penggambaran filem Antara Satu yang dijalankan di Pulau Tioman dan Pulau Langkawi.
"Bagi saya kalau bercuti, saya perlu keluar dari 'habitat' saya, maksudnya jauh dari rumah atau kampung kerana bila berada di 'habitat' saya, saya tetap akan fikirkan kerja.
"Memandangkan cuti tak panjang, jadi saya ambil keputusan bercuti ke destinasi yang berhampiran sahaja dan kebetulan juga saya tak pernah ke Bangkok. Bila sampai di sana kebetulan mereka ada sambutan pesta tersebut," katanya ketika ditemui media kelmarin.
Remy berkata, biarpun dia menyertai pesta tersebut, itu bukan bermakna dia menganut atau mengangkat perayaan kaum lain, sebaliknya pada pandangan Remy ia sekadar mempelajari budaya kaum lain.
“Saya memang suka pada warisan dan kebudayaan. Jadi saya rasa tak salah kalau kita ambil tahu mengenai budaya di rantau Asia. Mengenai komen negatif segelintir pihak itu, saya tak baca pun. Pada saya, kalau ada yang positif kenapa kita perlu ambil yang negatif," jelasnya.
Bagaimanapun ada sebilangan peminat yang memberikan komen mengatakan Remy tidak patut ke pesta berkenaan kerana tindakannya itu dianggap bercanggah dengan ajaran agama Islam.
0 comments:
Post a Comment