.

Tayar hadapan pecah punca pesawat MH192 berpatah balik


MH192 yang berlepas dari KLIA pada jam 10.09 malam waktu Malaysia didalam perjalanan menuju ke Banglore mendapati bahawa tayar hadapan pesawat tersebut pecah adalah punca mengapa pesawat tersebut terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan cemas pada jam 01.55pagi waktu Malaysia di KLIA semula.




Pesawat itu membawa seramai 166 orang, termasuk 159 penumpang dan tujuh anak kapal.Ia dijadualkan tiba di Bengaluru, India pada pukul 11.35 malam hari yang sama.

MAS menerusi kenyataannya di Twitter memaklumkan bahawa pesawat Boeing 737-200 itu mendarat pada pukul 1.56 pagi, selepas salah satu daripada gear pendaratannya mengalami masalah ketika berlepas. 

Sebelum itu, MAS mengeluarkan kenyataan bahawa Penerbangan MH192, yang berlepas dari KLIA pada pukul 10.09 malam ke Bengaluru, terpaksa berpatah balik.

Kebanyakan penumpang menunjukkan reaksi tenang dan senang untuk ditemu ramah pemberita.






Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: