Seperti yang kita sedia maklum bahawa Amerika adalah sebuah kuasa besar didunia ini. Dengan mengambil kira kekuatan peralatan ketenteraan yang diciptanya sendiri serta beberapa lagi teknologi perang yang mereka rahsiakan kewujudan senjata perang milik mereka.
Amerika merasakan bahawa tiada kuasa lain yang mampu menandingin mereka setelah tamatnya perang dingin diantara dua blok kuasa besar dunia iaitu Amerika dan Russia (Soviet).Namun perasaan mereka mula meleset apabila negara China semakin memperketatkan ruang ekonomi sehinggalah Dasar Ekonomi Tertutup yang diamalkan oleh China.
China mula membangun semenjak tahun 1978 melalui pengkembangan sains dan teknologinya yang didorong oleh kepentingan ketenteraan. Pembangunan ini bermula sejak zaman pemerintahan Mao. Mao menginginkan pembangunan ketenteraan yang kuat mengatasi segala-galanya. Projek ketenteraan inilah yang menjadi tulang belakang dasar Deng Xiao Ping. Tujuan Deng adalah untuk mempelbagaikan ekonomi China yang bukan hanya tertumpu pada sektor pertahanan, tetapi juga merangsang pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat umum. Konsep Deng yang mengandungi 16 garis panduan pada awal 1980-an dengan jelas menegaskan, iaitu untuk mengintergrasikan pertumbuhan sektor ketenteraan dan rakyat awam dengan memastikan keperluan ketenteraan dipenuhi, mempertahankan kemampuan ketenteraan, dan menggunakan ekonomi awam dalam usaha memodenkan ketenteraan.”
Sebelum ini, China telah menerapkan sistem ekonomi terpimpin ala Soviet (Rusia) yang terbukti gagal. Kemudian Deng menggunakan pula sistem ekonomi yang berorientasikan pasaran, terutamanya pada Zon Ekonomi Khas yang terletak di bandar Guangdong, Fujian, dan Hainan. Hasilnya sungguh luar biasa. China telah berubah ekonominya secara radikal daripada pengeksport komoditi bermutu rendah menjadi komoditi berteknologi tinggi. Negara ini berubah daripada ekonomi yang terkebelakang menjadi pusat pengekspot kelas dunia. Eksport China meningkat sepuluh kali ganda (bernilai sekitar USD436 trilion antara tahun 1990-2003.). Kini nilai ekspot China melebihi 1 trilion dolar dan merupakan ekonomi terbesar di dunia selepas AS dan Jerman.
Sejak tahun 1978, China telah mengubah ekonominya daripada model ekonomi terpimpin ala Soviet menuju ekonomi yang berorientasikan pasaran yang dikuasai oleh Parti Komunis China. Sistem ini disebut sebagai ‘Sosialisme Bersifat China’ dan ia merupakan sistem ekonomi campuran. Reformasi yang bermula sejak tahun 1978 ini telah mengangkat status jutaan manusia daripada paras kemiskinan, dengan menurunkan kadar kemiskinan sehingga 53% daripada populasi negara tersebut pada tahun 1981 dan 8% pada tahun 2001.
Dasar memencilkan China ini tersirat di dalam tulisan Condoleezza Rice ketika ia menjadi penasihat dasar luar negara George W Bush, yang pada waktu itu masih lagi menjadi Gabenur Texas, ketika pilihanraya presiden tahun 2000 dalam artikel majalah Foreign Affairs,” China adalah kekuatan besar yang memiliki masalah yang belum selesai terutamanya dengan Taiwan. China juga tidak menyukai peranan AS di wilayah benua Asia Pasifik.” Oleh kerana itu, Rice mengatakan, “China bukanlah kuasa ‘status quo’, tetapi ia adalah kekuatan yang berkeinginan untuk mengubah keseimbangan kuasa di Asia yang sesuai dengan kepentingannya. Kenyataan ini menjadikan China sebagai pesaing, bukan sebagai ‘sahabat strategik’ sebagaimana yang diuar-uarkan oleh Clinton. AS perlu memperkuatkan hubungan dengan Jepun dan Korea Selatan serta mempertahankan komitmen untuk meletakkan pasukan AS di wilayah benua tersebut. “Washington juga perlu memperhatikan secara teliti terhadap peranan India dalam keseimbangan politik dan membawanya ke dalam lingkaran persekutuan yang anti-China.”
Namun begitu, sepuluh tahun kemudian, AS dan China kini berada di dalam posisi yang saling memerlukan. Ketika AS mendominasi beberapa wilayah pada awal abad ini, iaitu perang Afghanistan dan Iraq, krisis ekonomi global telah membuatkan AS tidak mampu untuk mendominasi China. Ini dapat dilihat melalui fakta berikut: AS merupakan pengguna terbesar dunia di mana majoriti barangan yang mereka gunakan adalah berasal dari dan dikeluarkan oleh China. Akibatnya, AS memiliki defisit perdagangan dengan China bernilai USD268 trilion. Dengan itu, sekitar USD1 juta trilion matawang dolar telah dikuasai oleh China.
Simpanan dolar yang sangat besar yang dimiliki oleh China membuatkan China memiliki kemampuan untuk membeli saham kewangan AS, di mana saham kewangan ini digunakan oleh AS untuk membiayai defisit perdagangannya. Hal ini adalah disebabkan oleh pengembangan perindustrian China di mana industri tersebut memerlukan bekalan minyak dan tenaga yang lebih besar. Ditambah pula dengan pengangguran dalam sektor industri AS yang meningkat kerana kalah dalam bersaing dengan kualiti keluaran barangan China yang lebih baik.

China pada waktu ini setanding dengan AS di dalam ekonomi yang menyebabkan timbulnya pertengkaran perdagangan di antara mereka. AS telah menetapkan batasan terhadap barangan import dari China dan kini China berada dalam kedudukan sebagai objek dari kejadian WTO (World Trade Organisation) melalui amalan anti-persaingan.
Bagi AS, China merupakan ancaman di Asia Tenggara. Oleh itu, AS ingin menghadkan cita-cita politik China. Pada masa yang sama, AS ingin menguasai pasaran dalaman China yang bernilai 1.4 trilion dolar. Model pembangunan China membuktikan bahawa negara manapun akan mampu untuk berkembang ke arah mana yang dikehendakinya.
Sesuatu pembangunan pada hakikatnya adalah kemampuan untuk memiliki pandangan hidup (worldview) yang khas yang berperanan sebagai asas terhadap semua aspek dalam sesuatu negara, baik dari segi ekonomi, undang-undang, politik luar negeri, sumber tenaga, penyatuan, pemerintahan serta hubungan lelaki dan wanita. Dengan pandangan hidup yang khas, maka sesuatu negara akan dapat menyelesaikan semua isu secara konsisten, terarah dan membawa kepada kemajuan. Tanpa ideologi, sesuatu negara mungkin akan maju, tetapi akan mendapati dirinya berada di dalam suatu dilema yang tidak boleh ia selesaikan

0 comments:
Post a Comment