.

#MH370: Australia Kesan 2 Isyarat Yang Konsisten Dengan Kotak Hitam




"Marilah kita sama-sama berdoa," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan Twitternya sebagai respons kepada mesej mengenai usaha mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang.


Beliau membalas tweet yang dihantar pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.



Hishammuddin menghantar tweet: "Melalui Angus Houston JACC (Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Bersama Agensi) memaklumkan kepada kami tentang dua isyarat baharu pagi ini. Kami agak lebih yakin".



Kedua-dua isyarat itu dikesan oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield pada pukul 4.27 petang dan 10.17 malam, dan pakar-pakar mengesahkan bahawa isyarat getaran itu ialah dari sebuah alat buatan manusia, seperti sebuah kotak hitam, dan bukannya bunyi semula jadi dari laut.



Bagaimanapun tidak dapat disahkan sama ada isyarat-isyarat itu datang dari kotak hitam pesawat MAS MH370 yang hilang.



Isnin lepas, Ocean Shield mengesan dua isyarat selepas mengesan satu pada Ahad, sementara sebuah kapal China, Haixun 01, mengesan dua isyarat pada Jumaat dan Sabtu lepas.



Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang dari radar pada 8 Mac ketika di atas Laut China Selatan, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam.



Ia dijadual tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.



Misi mencari melibatkan pelbagai negara digerakkan, yang pada mulanya di Laut China Selatan dan kemudian diketahui bahawa pesawat itu telah melencong dari laluannya di sepanjang dua koridor - koridor utara meliputi dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.



Berdasarkan sejenis analisis data yang tidak pernah digunakan, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) UK merumuskan bahawa MH370 telah terbang sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi , di barat Perth.



Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu, bahawa laluan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: