.

GEMPAR !!!!! pergaduhan sesame Anti-GST


Perhimpunan aman bertukar menjadi ganas apabila peserta perhimpunan Anti-GST bertempur sesama sendiri.

Berikut adalah laporan yang telah dikirimkan oleh salah seorang rakan FB penulis yang melaporkan tentang pergaduhan tersebut yang melibatkan pasukan UNIT AMAL dan SAMM di dataran merdeka sebenrtar tadi. 


Dalam pada masa yang sama juga TheMalaysianInsider juga telah melaporkan melalui laman web mereka berita pergaduhan diantara sekumpulan anak muda ANARKI dengan petugas media yang sedang menjalankan tugas di Dataran Merdeka.

BAHASA   

Pergaduhan tercetus antara anak muda dan media selepas perhimpunan 1 Mei

OLEH DIYANA IBRAHIM
MAY 01, 2014
LATEST UPDATE: MAY 01, 2014 06:36 PM
Pergaduhan berlaku antara sekumpulan anak muda dan petugas media selepas Perhimpunan 1 Mei berakhir petang tadi di sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Mei, 2014.Pergaduhan berlaku antara sekumpulan anak muda dan petugas media selepas Perhimpunan 1 Mei berakhir petang tadi di sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Mei, 2014.Sejurus selepas Perhimpunan 1 Mei berakhir, berlaku pertempuran‎ yang melibatkan antara kumpulan anak muda dan petugas media.
Kumpulan anak muda yang dianggarkan seramai 50 orang itu dilihat berpakaian hitam dengan membawa sepanduk‎ “Unite against racism global”, berarak sekitar Dataran Merdeka dengan membakar suar.
Bagaimanapun pergaduhan berlaku apabila kumpulan tersebut melanggar kamera media hingga menyebabkan pertengkaran mulut berlaku.
Bagaimanapun keadaan menjadi tegang apabila seorang kumpulan dari anak muda tersebut cuba bertindak mengasari petugas media dengan cuba menarik kamera jurukamera tersebut.
Kumpulan anak muda yang dipercayai daripada gerakan anarki itu kemudiannya memanggil media dengan kata-kata kesat seperti "media anjing" dan "inikah namanya kebebasan media‎".
Pergaduhan berlaku kira-kira selama 3 minit sebelum keadaan menjadi terkawal semula‎.
Bagaimanapun polis hanya menyaksikan kejadian itu tanpa mengambil sebarang tindakan.
Pengerusi Solidariti Anak ‎Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham yang ditemui selepas itu menafikan kumpulan anak muda itu daripada SAMM dan menyatakan kekesalan dengan insiden tersebut.
"Siapa tidak pasti, kalau betul berlaku saya cukup kesal dengan apa terjadi namun apa yang pasti saya cuba mengawal sebaik mungkin," katanya.
Beliau juga berkata SAMM menghormati semua semangat berhimpun anak muda.
"Bagi pihak SAMM, kami meminta maaf sekiranya benar media dikasari‎, pihak kami dari mula perhimpunan tidak ada apa-apa yang berlaku, dan saya juga tidak nampak pergaduhan itu.
"Daripada SAMM, kita mengawal dan bertanggunjawab sepenuhnya," katanya. – 1 Mei, 2014.


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: