.

Dalang KEMPEN Sarawak dan Sabah Keluar dari Malaysia




Siapakah watak-watak yang berada di dalam piket menuntut agar Sarawak dan Sabah keluar dari Malaysia ? adakah ianya sebuah gambar yang sengaja diedit atau adakah itu lah wajah sebenar mereka-mereka yang terlibat dengan menghasut masyarakat Sabah dan Sarawak untuk menyokong kempen mereka agar dua negeri tersebut menuntut untuk keluar dari pada Malaysia dan menjadi negara mereka sendiri seperti mana Brunie. 

Namun perbezaanya adalah Brunie memang dari sejak zaman penubuhan Malaysia lagi tidak bersetuju untuk bersama-sama didalam penubuhan Negara Malaysia. 

Selepas akta ISA dihapuskan, kelonggaran bagi mereka golongan Protestant Malaysia besuara dan melakukan aktiviti untuk menghasut masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak untuk menuntut kepada Kerajaan Malaysia agar mereka menubuhkan Negara mereka sendiri dan membawa erti kata lain keluar dari Malaysia.

Parti pembangkang di Malaysia menyedari bahawa, undi kemenangang di dalam Pilihanraya bagi parti yang memerintah negara iaitu Barisan Nasional (UMNO) adalah berpunca dari sokongan masyarakat Pribumi di Sabah dan Sarawak. Namun apabila menyedari bahawa parti pembangkang secara terangnya ditolak oleh masyarakat pribumi tersebut, sebuah gerakkan telah dilancarkan oleh parti pembangkang bagi menghasut dan memupuk semangat bencikan kepada kerajaan Malaysia didalam akal fikiran masyarakat Sabah dan Sarawak.

Perkara ini jelas berlaku apabila watak-watak yang terlibat didalam gerakkan tersebut datangnya dari ahli PKR dan DAP. Lina Soo, Zulhaidah Suboh, Fong Pau Teck, Dennis Along, Michael Teoh dan Doris Jones masing-masing memegang jawatan didalam PKR dan DAP Sarawak dan Sabah. Maka bukti apa lagi yang diperlukan oleh pembangkang bagi menafikan bahawa gerakkan tersebut adalah bukan datangnya dari perancangan mereka sendiri.

Adakah perkara ini akan menjadi punca serta menjadi lebih besar dan gerakkan serta fahaman Freemason serta New Wolrd Oder di Malaysia akan terbongkar dan diketahui oleh rakyat Malaysia ?
Semuanya bermula apabila DAP dan PKR mensasarkan Sabah dan Sarawak sebagai sarang baru untuk mereka berkuasa dan menggulingkan UMNO serta Barisan Nasional. Anwar Ibrahim yang bersungguh-sungguh mahukan jawatan Perdana Menteri Malaysia telah menggunakan kesempatan daripada ketiadaan ISA untuk melakukan segala kerja-kerja subversif.

Dan kini Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang telah menggerakkan orang-orang mereka untuk melakukan desakan ke atas kerajaan untuk menghapuskan Akta Hasutan dan Akta Percetakan pula bagi memudahkan kerja-kerja tersebut.

Adakah Malaysia yang menyambut ulang tahun penubuhannya hari ini bakal berhadapan dengan perpecahan dan pemisahan kerana kegagalan fungsi dan penguatkuasaan undang-undang sehinggakan golongan anarki bebas berbuat sesuka hati mereka?




Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

Unknown said...

persoalan mengenai negara atau negeri Sabah dalam blog: http://www.negara-sabah.blogspot.com

neausley said...

Visitez ce lien dolabuy.ru Découvrir plus Prada Dolabuy déclaration officielle portefeuilles de répliques