.

Datuk Dr.Haron Din, GESA Pas Isu Tahaluf Siyasi DAP dan PKR !!!!



PAS perlu mengkaji semula tahaluf siyasi yang terjalin diantara PAS , PKR dan DAP. Itu lah kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Mursydul Am PAS Ustaz Haron Din. Perkara ini semangnya perlu dipertimbangkan semula oleh PAS sendiri. 

Kemelut politik yang melanda Negeri Selangor hari ini sudah cukup membuktikan dan mengambarkan bahawa PAS seolah-olah tidak mempunyai pendirian yang tetap dan tegap didalam memilih dan membuat keputusannya sendiri. 

Datuk Dr Haron Din memberi kiasan bahawa tahaluf siyasi (kerjasama politik) parti itu dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat bukan suatu ketetapan tetapi boleh dikaji semula dan 'diceraikan' seperti sebuah perkahwinan.
Ulamak tersohor itu berkata, tahaluf siyasi sama seperti sebuah perkahwinan yang mempunyai ruang penceraian oleh Islam sekiranya syarat dan rukunnya dilanggari.
"Contohnya dalam perkahwinan, walupun tidak dibolehkan talak, namun demikian ruang itu ada (untuk dilakukan).
"Jadi kalau tahaluf telah tercalar, syaratnya telah dilanggar dan rukunnya telah dirobohkan, ulama wajib memikirkan balik...merenungkan balik serta memeriksa balik (kerjasama). Saya minta elok diperhalusi semula," katanya di sini, Rabu.

Beliau yang ditemui ketika Muktamar Dewan Ulama PAS ke-55 menyatakan sedemikian kepada pemberita.

Melalui daripada kenyataa yang dibuat , jelas menunjukkan bahawa Ulama terkenal itu juga seolah tidak seiring pendapat dengan Presiden PAS , Hadi Awang. 

Adakah mungkin maksudnya Tahaluf Siyasi ini boleh "DICERAIKAN" merujuk kepada PAS keluar daripada Pakatan Rakyat ? 

Adakah dengan mengkaji semula Tahaluf yang terjalin akan merubah kedudukan dan penyokong PAS ?

Wallah Hu Alam..  


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: