.

Kemana Jentera PAS ketika Pengkalan Kubor Sedang Berada Dimedan Perang !!


Muktamar PAS ke-55 sedang berlangsung ketika ini di Dewan Chon Moi Kota Tinggi, Johor. Muktamar yang bermula pada 16 September dan berakhir pada 17 semtember 2014 ini sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada jentera PAS yang sedang bersiap sedia untuk menghadapi perperangan untuk menawan kerusi DUN pengkalan Kubor. 

Sepanjang muktamar berlangsung,penulis tidak kelihat jentera PAS bergerak rancak bagi memastikan susana pilihanraya kecil DUN Pengkalan Kubor adalah memihak kepada mereka. Malah di media sosial juga tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh Calon PAS untuk memenangi kerusi tersebut. 

Adakah PAS memandang Kerusi DUN Pengkalan Kubor ini tidak penting jika dibandingkan dengan Muktamar PAS yang sedang berlangsung kini?

Ketika calon mereka Wan Rosdi berhempas pulas bagi menyediakan jadual dan aktiviti pergerakkanya di kawasan pilihanraya kecil berlangsung, masa yang sama juga muktamar PAS berlansung di Johor. Impaknya penduduk dan pengundi DUN Pengkalan Kubor melihat dan menilai kesetiaan bersama didalam perperangan tiada di Kalangan pemimpin PAS. Itu lah hakikatnya pendapat responden yang diberikan kepada penulis. 

Berlainan pula dengan calon dari parti lawanya iaitu Ustaz Mat Razi yang senantiasa memberikan jalan penyelesaian kepada pengundi yang bermasalah untuk berurusan dengan pihak kerjaan serta pihak berwajib. Ini diperakui oleh salah seorang pengundi sekitar peti undi Bendang Pak Yong.

"Ustaz Mat , adalah calon yang terbaik untuk dijadikan wakil kepada suara rakyat di peringkat DUN. Secara jelasnya Ustaz Mat terlebih dahulu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat walau pun belum secara rasmi di beri mandat sebagai wakil rakyat " katanya kepada menulis. 


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: