.

KHAS PRK DUN PENGKALAN KUBOR : Harga Barang MELAMBUNG TINGGI dari Biasa !!!!!


Golongan peniaga di kawasan Dun Pengkalan Kubor di sini dinasihatkan agar tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga makanan sempena PRK Dun itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, kehadiran ramai orang ekoran PRK di kawasan itu tidak bermakna mereka boleh menaikkan harga barang sesuka hati.

Beliau menasihati pengguna supaya membuat aduan jika terdapat premis menaikkan harga barangan secara tidak munasabah.

"Kalau pengguna dapati terdapat premis yang menjual makanan pada harga yang luar biasa pada musim ini (PRK), mereka boleh buat aduan kepada pihak kami untuk tindakan," katanya kepada pemberita selepas Program Bersama Masyarakat di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya melalui pemantauan yang dilakukan di kawasan Dun itu, hanya segelintir peniaga didapati tidak mematuhi syarat meletakkan tanda harga dan mereka telah diberi amaran. 

Ahmad Bashah berkata kementerian juga telah mengiktiraf dua premis makanan di kawasan itu sebagai premis Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) kerana menjual makanan dengan harga berpatutan.

"Ini menunjukkan terdapat juga peniaga yang sanggup menjual harga makanan mengikut harga yang ditetapkan oleh kerajaan. Jadi terpulang kepada pengguna untuk memilih premis makanan kerana MR1M menyediakan pelbagai menu termasuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam," katanya.

Pada PRK 25 September ini, calon BN, Mat Razi Mat Ail akan ditentang calon Pas Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.

Pada PRU13, Noor Zahidi mengalahkan Saharun Ibrahim daripada PKR dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi. - Bernama
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: