.

EDISI PRK ROMPIN !!! PAS TAK PERLU BERTANDING !!!

Talkwithhand : Adalah manis sekiranya PAS tidak bertanding bagi kerusi Parlimen Rompin bagi menghormati penyandang kerusi tersebut adalah milik pemimpin kanan UMNO yang meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan udara didalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis resepsi anak kepada Dato'Seri Najib Perdana Menteri Malaysia di Pekan, Pahang. 


UMNO mengambil tindakan sedemikian (tidak bertanding) pada PRK negeri Chempaka, kerana menghormati Mursyidul Am PAS allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Jika PAS tidak bertanding...kerana menghormati JJ (Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis) sebagai seorang pemimpin kanan, tentunya ini merupakan tindakan manis (oleh PAS).

"Kita akan jimatkan wang, masa dan tenaga kedua-dua parti," kata beliau.

Datuk Seri Adnan Yaacob berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan projek kediaman Swiss-Garden Resort Residences Sungai Karang di sini Isnin.

Adnan berkata, Badan Perhubungan UMNO Pahang menyambut baik keputusan UMNO Bahagian Rompin untuk menolak sebarang calon dipilih dari luar.

Beliau bagaimanapun berkata ini terpulang kepada pucuk pimpinan parti memutuskan dan seterusnya menjelaskan dengan baik sebab-sebab pemilihan itu.

Semalam, pemangku ketua UMNO bahagian itu Datuk Hasan Ariffin berkata bahagian itu hanya akan menerima calon yang dipilih dari kalangan anggota jawatankuasa bahagian.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang Jamaluddin dalam kemalangan helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April.

Allahyarham Jamaluddin menjadi anggota parlimen kawasan itu selama enam penggal dari 1990.


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: