.

"THE CRISIS" : TUM M PERNAH DIDESAK MELEPASKAN JAWATAN

Jejak sejarah pemerintahan Tun Mahathir selama 22 tahun dikatakan pernah menerima desakan bagi melepaskan jawatan Presiden dan Perdana Menteri oleh lapan orang kepimpinan UMNO dan menteri kabinet. 

Namun , Dr.Mahathir dikatakan tidak mengendahkan desakan tersebut serta meneruskan legasi pemerintahanya sehingga beliau melepaskan jawatanya pada tahun 2003. 

Sewaktu UMNO berada didalam kekusutan antara pemimpin pada tahun 1987 Tun Mahathir buat pertama kalinya selepas 12 tahun memerintah negara kewibawaanya sebagai perdana menteri pada ketika itu dicabar oleh Tengku Rezaleigh Hamzah. 

8 orang pernah mendesak Tun Mahathir ketika era pemerintahan Tun M dahulu
Boleh dikatakan kesemua yang pernah menentang Tun Dr.Mahathir dahulu adalah orang kuat kepada parti semangat 46 , bilamana pencabar Tun Dr.Mahathir merasakan bahawa dirinya layak untuk menduduki kerusi Presiden UMNO. 

Antara kejadian yang menyebabkan timbul desakan itu ialah peristiwa Memali, pemilihan Presiden UMNO 1987, pengharaman UMNO pada 1988, kerugian Bank Negara, kes Perwaja Steel dan isu berkaitan pemecatan Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga pernah didesak untuk melepaskan jawatannya kerana skandal pembelian 88 buah pesawat pejuang jenis Skyhawk pada awal 80-an.

Skyhawk yang dibeli oleh Tun pada ketika itu dikatakan hampir separuh daripada jumlah yang dibeli mengalami kegagalan untuk berfungsi dengan baik serta dikhabarkan ramai juruterbang (TUDM) telah hilang dan terbunuh sewaktu mengendalikan pesawat tersebut.





Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: