.

"PECAT AHLI PAS"


Pulau Pinang - Setiausaha PAS Pulau Pinang Mohd Fadzil Kemi dipecat dari jawatannya sebagai Pegawai Penerangan gred S 41 berkuatkuasa serta merta pada 12 jun 2015 yang lalu. Surat pemecatan beliau di tandatangani oleh Ketua Setiausaha Pulau Pinang Dato'Seri Farizan Darus.

Menurutnya, pemecatan beliau tersebut telah dibawa kepada kepimpinan PAS pusat untuk diperbincangkan serta mendapat perhatian dari aspek perundangan. 

"Peguam saya masih meneliti kes ini dan saya akan membuat pengumuman sekiranya telah membuat keputusan," katanya.

Notis pemecatan yang diberikan secara terus itu juga turut disertakan dengan kenyataan pembayaran sebulan gaji sebagai Pegawai Penerangan gred S 41.

"Pesuruhjaya Pas akan membuat keputusan selepas jawatankuasa Pas negeri dibentuk dalam masa beberapa hari lagi," katanya.

Sementara itu, Fauzi ketika dihubungi berkata Pas akan melihat isu ini dengan cermat dan tindakan akan diambil selepas mesyuarat yang akan datang.

Kemelut politik diantara PAS-DAP ternyata memberikan kesan kepada pentadbiran negeri yang ditakluk oleh Parti pembangkang. 

Presiden DAP, Lim Guan Eng didalam satu kenyataanya pada minggu lalu,menyatakan bahawa,pihak pentadbiran Negeri Pulau Pinang akan mendesak seluruh wakil PAS didalam pentadbiran negeri tersebut untuk melepaskan jawatan mereka sekiranya kemelut tersebut tiada jalan penyelesaian.

Katanya tiga wakil Pas dalam kerajaan DAP Pulau Pinang iaitu Mohamad Sabu, Ustaz Mujahid Yusof Rawa dan Ustaz Rosidi Hussain telah meletak semua jawatan mereka dalam kerajaan negeri.




    
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: